PEGAWAI AGAMA KDN PRO AHBASH, ZAMIHAN MAT ZAIN DI'GAM' JAKIM?

Oleh : Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri

SHAH ALAM- Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Mat Zain disenaraikan sebagai antara tokoh agamawan yang dihalang oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) daripada memberikan ceramah berunsur keagamaan di seluruh Malaysia.

Perkara itu dimuatnaik menerusi laman Facebook Kami Bersama Syaikh Nuruddin Menegakkan Kebenaran (KBSNMK) yang melahirkan rasa kesal setelah dimaklumkan mengenai hal itu hingga menyebabkan program yang seharusnya dihadiri Zamihan di Sabah terpaksa dibatalkan.

Sekatan tersebut didakwa diarahkan secara lisan oleh pihak JAKIM kepada Jabatan Agama di seluruh negeri yang terdapat di Malaysia melalui telefon.

Zamihan yang juga pengerusi bagi NGO Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA) mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dengan Hasan Al-Saqqaf selagu gurunya yang dikatakan mempunyai agenda halus dalam menyebarkan fahaman Syiah yang berselindung sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah di Jordan.

Selain itu, terdapat juga di antara pengadu yang berasa tidak senang tatkala mendengar ceramah yang disampaikan Zamihan yang dikatakan penuh dengan celaan, makian, carutan malah pengkafiran terhadap golongan yang dikatakan sebagai "Wahhabi". Antara tokoh ternama yang sering menjadi mangsa celaan Zamihan secara jelas termasuklah mantan Mufti Perlis, Professor Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin serta Exco Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya.

Terdahulu, laman page KBSNMK menyatakan kekesalan setelah guru sanjungan mereka, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari dihalang buat sementara waktu daripada dijemput dalam sebarang program rasmi di Kuala Lumpur setelah JAKIM menyerahkan satu memorandum berkenaan hal itu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWPKL).

Memorandum itu dihantar setelah pihak JAKIM menerima aduan daripada berbagai pihak yang mendakwa Nuruddin yang gemar membangkitkan isu-isu sensitif sewaktu menyampaikan ilmuanya. Penagguhan itu dibuat sementara waktu sehingga kajian lanjut mengenai latar belakang Nuruddin selesai dibuat.

Sumber : http://www.aamzulsyamini.com/2014/11/pegawai-agama-kdn-disekat-beri-ceramah.html

Post a Comment

0 Comments