PEKEBUN PENTINGKAN KEUNTUNGAN PUNCA BANJIR LUMPUR DI CAMERON HIGHLANDS - PAKAR GEOLOGI

KUALA LUMPUR - Penerokaan tanah yang berterusan di Cameron Highlands akan mengakibatkan kemungkinan ia berdepan tanah runtuh dan banjir lumpur lebih teruk pada masa akan datang, kata pakar geologi.

Pensyarah Geologi Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin berkata kerakusan peneroka menarah bukit untuk membangunkan ladang sayuran baharu hanya akan menyebabkan berlaku mendapan tanah yang berisiko menyebabkan tanah runtuh.

"Sekiranya hujan lebat berlaku, cerun bukit yang ditarah akan mula terhakis dan dengan empangan sedia ada yang tidak mampu lagi menampung kuantiti air yang banyak akan menyebabkan banjir lebih besar," katanya kepada Bernama bagi mengulas kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands Rabu lepas.

Jelasnya, tanah di Cameron Highlands tidak lagi sesuai untuk aktiviti pertanian selepas kawasan tanah tinggi itu diteroka secara berleluasa tanpa sebarang kawalan.

Tambahnya, Cameron Highlands mempunyai tanah jenis granit yang bersifat gembur dan mudah terhakis sekiranya terdapat sebarang pemotongan mahupun penggunaan bahan kimia yang tinggi.

"Mereka (peneroka) tarah semua tanah untuk bangunkan ladang sayur di tanah baharu kerana tanah mereka yang sedia ada sudah tidak subur akibat penggunaan baja kimia yang merosakkan tanah.

"Ia dilakukan demi keuntungan tanpa memikirkan risiko penduduk sekitarnya dengan ancaman banjir lumpur dan tanah runtuh," katanya.

Justeru Tajul Anuar menyeru peneroka untuk mengoptimumkan penggunaan tanah sedia ada dengan menggunakan baja organik dan teknologi bakteria baik untuk menyuburkan semula tanah mereka.

Beliau juga meminta pihak berkuasa bertindak segera dengan menghentikan sebarang projek penerokaan dan menyita semua kawasan pertanian haram.

"Cameron Highlands merupakan ikon pelancongan negara dengan landscape muka bumi yang cantik serta udara sejuk. Kalau pihak berkuasa tidak ambil kisah akan aktiviti penarahan ini, siapa mahu datang? Identiti Cameron Highlands juga turut 'terhakis' sama," katanya.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Dalam kejadian itu, lima mangsa terkorban manakala lima lagi cedera serta turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru Ringlet dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet.

Komen Pena Minang : Cuba perhatikan, agak-agak bangsa mana yang banyak menarah bukit dan membuka tanah di tanah tinggi tersebut? Mana pergi kumpulan pejuang Alam Sekitar macam Kumpulan Hijau Lynas yang sakan berdemo kononnya demi alam sekitar? Bila kena kat bangsa dia, senyap...

Sumber : Bernama

Post a Comment

1 Comments

  1. Cuba perhati agak2 bangsa mana yang menjadi penguat kuasa dalam memantau pembukaan tanah,

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.