SEJARAH PERKEMBANGAN KRISTIAN DI EROPAH



PENGENALAN

Agama Kristian berasal dari Palestin dan berteraskan ajaran Jesus atau Nabi Isa. Jesus dilahirkan di Baitul Laham pada kira-kira 4 S.M. Sewaktu berusia 30 Tahun, beliau di utuskan oleh tuhan dan melantiknya sebagai pesuruh tuhan. Ajarannya sama dengan para-para Nabi terdahulu iaitu menyeru manusia menyembah dan mematuhui ajaran Tuhan yang satu. Tuhan telah menurunkan kitab Injil melalui nabi isa sebagai panduan kepada umat nabi isa pada ketika itu. 

Menurut orang Kristian,tumpuan Agama Kristian di berikan kepada kesucian atau kekudusan Jesus yang dianggap sebagai tuhan (Jesus is Lord) . Selain itu agama Kristian juga menekankan konsep trinity atau kesatuan tuhan iaitu merangkumi tiga unsure utama iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus . 

Agama krisitan ini semakin berkembang dari masa ke semasa dan sehinggalah tersebar ke pelusuk dunia. Kesan daripada pekembangan ini bilangan penganut agama kristian pada hari ini menjadi bilangan penganut yang kedua terbesar selepas bilangan penganut agama Islam. Walaubagaimanapun dari sejak  mula agama ini disebarkan sehinggalah ke hari ini beberapa mazhab dalam agama kristian telah lahir seperti Katolik, Protestian dan Ortodoks. 

Perkembangan agama ini berlaku dari satu ke satu zaman. Pada asalnya agama ini sukar diterima oleh masyarakat kerana pada awal abad pertama ramai penduduk di muka bumi pada ketika itu percaya kepada kuasa ghaib dan dewa-dewi. Oleh kerana ajaran kristian menerapkan nilai-nilai murni dan beberapa factor telah  menyebabkan agama kristian mula tersebar dan diterima masyarakat eropah pada ketika itu.
SEJARAH PERKEMBANGAN KRISTIAN DI EROPAH SEJARAH PERKEMBANGAN KRISTIAN DI EROPAH Reviewed by pena minang on November 12, 2014 Rating: 5

2 comments:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

Powered by Blogger.