ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 12 November 2014

[VIDEO 3] ORANG MELAYU TAKUT BERCAKAP MENGENAI BANGSA KERANA BIMBANG DICAP RASIS - TUN DR. MAHATHIR



Melayu tidak berani bercakap 

"Saya dapati pihak parti lawan terutamanya parti seperti DAP telah berjaya mengalihkan perjuangan daripada kepentingan bangsa kepada kepentingan yang tidak berasas kepada bangsa sehingga menjadikan sesiapa yang bercakap berkenaan dengan bangsa akan dicap sebagai rasis.Yang malangnya orang Melayu terbawak-bawak dengan kemungkinan mereka dicap sebagai rasis dan dengan itu mereka tidak nampak bahawa orang yang menegur yang berkata mereka rasis mereka sendiri adalah rasis. Sebab itu mereka membuat teguran. Kerana mereka buat teguran itu kepentingan bangsa mereka. Tetapi oleh kerana orang Melayu tidak begitu berani ataupun tidak begitu bijak untuk menunjuk kepada perasaan rasis orang yang menegur ini. Maka kita sampai kepada satu tahap yang kita tidak berani bercakap dengan berkenaan dengan orang Melayu, kerana kita takut buat satu kesalahan. Inilah yang menjadi masalah sekarang ni. Ini satu dilema Melayulah yang baru..."

2 comments:

  1. FOR ONCE saya setuju dengan orang tua ni. Memang benar katanya. Orang Melayu telah berjaya diperdaya oleh DAP sehinggakan mereka malu membangkitkan soal bangsa sendiri. DAP menggunakan alasan2 seperti hak asasi, kebebasan dan perkauman untuk mengabuni sikap rasis mereka. Akhir2 ini mereka menggunakan cara memburuk2kan Pas dan pemimpin2 ulamak Pas dalam serangan mereka terhadap bangsa melayu dan islam supaya tidak ketara.Malangnya ramai daripada orang melayu terutama dalam PKR terikut2 dengan telatah kurang ajar DAP ini tanpa memahami agenda parti tersebut. Lihat saja perangai dan sikap mereka di P Pinang apabila ada pemimpin2 melayu menyuarakan masalah kampung2 melayu dan masalah bau kandang babi!

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute