ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 10 December 2014

BANGKAI PERTAMA PESAWAT MH17 SELAMAT TIBA DI BELANDA

Bangkai pertama pesawat MH17 di bawa ke pangkalan tentera udara Belanda di Gilze Rijen. 
LUDWIGSDORF – Bangkai pertama pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 akan tiba di pangkalan tentera udara belanda di Gilze Rijen, selatan Belanda, hari ini.

Lembaga Keselamatan Belanda (DSD) dalam kenyataan, berkata konvoi beberapa trak yang membawa serpihan bangkai pesawat itu dari Ukraine, dijangka tiba kira-kira pukul 2.00 petang waktu tempatan.

Bangkai pesawat itu kelak akan dibentuk semula sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap tragedi pada 17 Julai itu.

Konvoi itu meninggalkan Ukraine minggu lepas.

Ia akan lalu melintasi keluarga terdekat yang hadir pada hari ketibaan bangkai pesawat itu di pangkalan udara pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, ketibaan bangkai pesawat di pangkalan udara berkenaan bukanlah satu istiadat rasmi.

Oleh itu, orang ramai tidak akan dibenarkan hadir semasa trak dibuka atau bangkai dibawa turun daripada trak.

Sumber : ABN News

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute