ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 5 December 2014

HUTANG NEGARA MENCECAH MELEBIHI RM 700 BILLION? MALAYSIA BAKAL BANGKRAP? SATU KEBENARAN?

Oleh : Dr. Aznil Hashim

1. Isu terbaru adalah berkenaan HUTANG NEGARA MENINGKAT

2. Sekarang aku jelaskan satu persatu dalam bahasa yang mudah di fahami kenapa hutang negara kita meningkat begitu banyak.

3. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), et al (2013), telah mencadangkan liputan hutang luar negeri menjadi lebih luas. Ianya mengambil kira sekuriti hutang dalam denominasi mata wang tempatan yang dipegang oleh BUKAN PEMASTUATIN dan aliran kewangan BUKAN PEMASTUATIN berkaitan hutang lain, seperti kredit perdagangan, mata wang dan deposit, serta pinjaman dan liabiliti lain (lihat Jadual 1).



4. Dengan kata lain, Ini adalah definasi baru tentang hutang luar negeri. Di bawah definisi baharu ini, hutang luar negeri akan meliputi semua liabiliti yang memerlukan pembayaran pokok dan / atau faedah pada masa hadapan, dan hutang tersebut adalah daripada pemastautin kepada bukan pemastautin dalam sesebuah negara tanpa mengira denominasi mata wang bagi hutang itu. (JADUAL 1)



5. Definisi Semula Hutang Luar Malaysia diterima pakai bagi mengklasifikasikan hutang luar negeri sesebuah negara. Amalan yang diterima pakai adalah apabila sebahagian besar aliran hutang merentas sempadan oleh pemastautin yang memperoleh pembiayaan dalam mata wang asing di pasaran kewangan yang lebih maju. Amalan ini juga diterima pakai oleh Malaysia.

6. Dengan definisi baharu ini, hutang luar negeri Malaysia berjumlah RM729 bilion (USD224.7 bilion atau 67.6% daripada KDNK) pada akhir bulan Jun 2014, berbanding RM335.6 bilion atau 31.1% daripada KDNK di bawah definisi yang terdahulu.

7. Hutang luar negeri berdasarkan definisi baharu adalah lebih tinggi, mencerminkan paras pegangan sekuriti hutang dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin yang tinggi, yang mencakupi hampir dua pertiga daripada peningkatan hutang luar negeri. Apa makna nya???? (^_^))

8. Maknanya - Ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia, serta tarikan kadar hasil yang lebih tinggi bagi tempoh matang tersebut. Penyertaan lebih aktif bukan pemastautin dalam pasaran bon Malaysia turut mencerminkan pasaran kewangan domestik yang lebih mendalam, terbuka dan teguh.

Lebih tinggi paras pegangan sekuriti hutang oleh bukan pemastautin, bermakna mereka lebih gemar melabur dalam negara. Ingat !!! 2/3 hasil peningkatan hutang negara adalah dari bukan permastautin.

9. Fakta ini di sokong lagi dgn deposit bukan pemastautin meningkat kepada
RM86.2 bilion pada akhir bulan Jun (akhir bulan Mac 2014: RM77.6 bilion).

Woowwwwww !! (^_^)

10. Cuba anda lihat Jadual 1. Definasi baru hutang luar negeri di tokok tambah dgn indikator2 yg baru.

11- Carta 1 pula, perbezaan definasi hutang luar negeri antara yg lama dan juga yg baharu. Jika kita lihat definasi lama, hutang negara kita tetap stabil iaitu hanya RM 394 billion sahaja !!

12- Tahukan anda bahawa pasaran bon tempatan kita adalah kedua terbesar di Asia Timur.. (^_^) - carta 2



13- Jika di bandingkan dgn hutang negara lain, kita lebih berkali ganda stabil - Carta 3 (^_^)

Kesimpulan

1- Definisi semula hutang luar negeri ini membolehkan Kerajaan menilai pendedahan risiko kepada bukan pemastautin dengan lebih baik.

2- Peningkatan Hutang luar negara bukan bermakna kerajaan tambah pinjaman hutang.. itu pemikiran macai yg malas membaca (^_^). Ini adalah penambahan entiti baru dalam "definasi baru hutang luar negeri" - iaitu merangkumi 46% dari Total hutang keseluruhan.

3- Jika hutang luar negeri yg di sebabkan oleh peningkatan sekuriti hutang
yang dipegang oleh BUKAN PEMASTUATIN - itu bukan berita buruk. Tetapi itu indikator yg baik utk negara yg menunjukkan mereka berminat melabur secara aktif.

4. Akhir sekali : Bila bercakap pasal hutang negara, itu bukan bermakna hutang kerajaan Malaysia (3.5% x total hutang), tetapi merangkumi hutang pemastuatin (termasuk sektor swasta) dan juga bukan pemastautin.

(^_^)

Sumber :
Bank Negara Malaysia.
Kementerian Kewangan Malaysia.

1 comment:

  1. Sy ingin bertanya satu soalan, jika benar apa yg dikemukakan seperti di atas, kenapa nilai ringgit malaysia jatuh ya baru2 ini? ada sebarang penjelasan x? terima kasih

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute