ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 7 December 2014

KERAJAAN PERTIMBANG SUBSIDI RUMAH UNTUK GENERASI KEDUA FELDA - NAJIB

Putrajaya - Pemberian subsidi sama ada daripada kerajaan atau Felda dipertimbangkan bagi membolehkan generasi baharu Felda memiliki kediaman.

Ia disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Himpunan Ikatan Hati Warga Felda Kebangsaan 2014 , atas keprihatinan menyedari kesukaran generasi kedua memiliki kediaman sendiri.

Beliau berkata mesyuarat perlu diadakan untuk mencari penyelesaian bagi meningkatkan kemajuan pelaksanaan projek perumahan generasi kedua.

Antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh generasi kedua, kata Najib.

"Felda perlu memastikan harga rumah generasi kedua adalah yang mampu dimiliki selain perlu ada subsidi sama ada subsidi kerajaan atau subsidi Felda," katanya.

Bagi membantu generasi baharu Felda memiliki kediaman sendiri, perdana menteri berkata Felda mungkin boleh memperkenalkan konsep sewa beli.

"Kalau tidak mampu, kita bagi mereka peluang untuk menyewa dulu, dan lepas lima tahun mereka boleh beli, tapi sebahagian besar mereka tidak mempunyai slip gaji dan payah untuk mendapat pinjaman bank," katanya.

Najib berkata pemilikan rumah bagi generasi kedua Felda itu adalah antara cabaran dan tugas Felda untuk memelihara kepentingan generasi baharu, sambil menambah antara cabaran yang terlibat adalah berkaitan kos infrastruktur perumahan yang tinggi.

Sumber : RTM

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute