ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 7 December 2014

TURUN NAIK MATAWANG BERI KESAN KEPADA EKONOMI NEGARA

Kuala Lumpur, 17 Disember 2014 - Pergerakan turun naik mata wang yang tidak begitu mendadak masih menunjukkan kesan seimbang kepada ekonomi negara dalam jangka masa sederhana.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, perkara itu dipacu oleh asas ekonomi negara yang kukuh, menerusi lebihan akaun semasa dalam imbangan pembayaran, iaitu sebanyak RM41 bilion dalam tempoh sembilan bulan tahun ini berbanding RM37 bilion pada 2013.

Selain itu, struktur ekonomi negara telah dipelbagaikan dan tidak hanya bergantung kepada sektor pertanian dan komoditi semata-mata, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem Cuti Sekolah Peneraju Tunas Geliga anjuran Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (PenerajuEdu) di Sekolah Menengah Sains Alam Shah.

"Kalau dulu kita banyak bergantung kepada kegiatan pertanian, komoditi serta minyak dan gas, tapi kini ia telah dipelbagaikan, di mana sekarang ini struktur ekonomi kita 55 peratus disumbangkan oleh sektor perkhidmatan, 25 peratus sektor pembuatan dan perkilangan, tujuh peratus oleh sektor perlombongan dan lapan peratus oleh sektor pertanian," katanya.

Menurutnya, memandangkan negara tidak lagi bergantung kepada sektor komoditi, sekiranya terdapat pengurangan mendadak, impaknya tidaklah terlalu teruk kerana ekonomi negara sudah dipelbagai.

Mengambil contoh krisis ekonomi global pada 2007, Abdul Wahid berkata, Malaysia mampu menghadapi cabaran itu disebabkan asas ekonomi yang kukuh dan melebar sejak empat dekad lalu.

Sumber : RTM

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute