[VIDEO] IRAN NEGARA PENGGANAS - MENTERI LUAR ARAB SAUDI



Menteri Luar Arab Saudi, Adel bin Ahmed Al-Jubair dalam satu wawancara bersama CNBC mengkritik tindakan Iran yang mencampuri urusan dalaman negaranya.

"Perbuatan mereka mencampuri urusan domestik negara kami menunjukkan bahawa Iran merupakan sebuah negara yang gemar menimbulkan kekacauan di rantau ini".

Menteri Luar Arab Saudi itu memberikan respon berkenaan sejurus kejadian pencerobohan yang dilakukan oleh rakyat negara berkenaan ke kawasan kedutaan Arab Saudi di Tehran pada 2 Januari 2016 yang lalu yang menyaksikan kedutaan tersebut dibakar.

Pencerobohan yang terjadi itu adalah respon daripada tindakan kerajaan Arab Saudi yang mengenakan hukuman pancung ke atas Nimr al-Nimr yang merupakan seorang pengganas Syiah yang telah menimbulkan kekacauan di negara berkenaan.

Post a Comment

0 Comments