ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 8 February 2016

3 KALI BACA SURAH AL-IKHLAS = KHATAM 30 JUZUK AL-QURAN?


Oleh : Ustaz Ammi Nur Baits

Bismillah was salatu was salamu ‘ala Rasulillah, wa ba’du,

Keterangan bahawa surah al-Ikhlas bernilai 1/3 Al-Quran bersumber dari hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Abu Said al-Khudri radhiallahu ‘anhu menceritakan,

Di suatu malam, ada seorang sahabat yang mendengar temannya membaca surat al-Ikhlas dan diulang-ulang. Pagi harinya, sahabat ini melaporkan kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, dengan nada sedikit meremehkan amalnya. Kemudian Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ

“Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, surat al-Ikhlas itu senilai sepertiga al-Quran.” (HR. Bukhari 5013 dan Ahmad 11612).

Dalam hadis lain, dari Abu Darda’ radhiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bertanya kepada para sahabat,


أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ فِى لَيْلَةٍ ثُلُثَ الْقُرْآنِ

“Sanggupkah kalian membaca sepertiga al-Quran dalam semalamam?”

Mereka bertanya, ‘Bagaimana caranya kita membaca 1/3 al-Quran?’

Lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan,


(قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) يَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ

“Qul huwallahu ahad senilai sepertiga al-Quran.” (HR. Muslim 1922).

Makna al-Ikhlas 1/3 al-Quran

Dalam al-Quran, ada 3 pembahasan pokok:

[1] Hukum, seperti ayat perintah, larangan, halal, haram, dan sebagainya.

[2] Janji dan ancaman, seperti ayat yang mengupas tentang syurga, neraka, balasan, termasuk kisah orang soleh dan kebahagiaan yang mereka dapat dan kisah orang jahat, serta kesengsaraan yang mereka dapat.

[3] Berita tentang Allah, iaitu semua penjelasan mengenai nama dan sifat Allah.

Surah al-Ikhlas yang penuh dengan kemurnian ini membahaskan masalah tauhid, bercerita tentang siapakah Allah Ta’ala, maka kandungan makna surat ini menyapu 1/3 bahagian dari al-Quran.

Kita semak keterangan al-Hafiz Ibnu Hajar,


قوله ثلث القرآن حمله بعض العلماء على ظاهره فقال هي ثلث باعتبار معاني القرآن لأنه أحكام وأخبار وتوحيد وقد اشتملت هي على القسم الثالث فكانت ثلثا بهذا الاعتبار

Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, “Senilai sepertiga al-Quran” difahami sebahagian ulama sesuai makna zahirnya. Mereka menyatakan, bahawa surah al-Ikhlas senilai sepertiga dilihat dari kandungan makna al-Quran. Kerana isi Quran adalah hukum, berita, dan tauhid. Sementara surah al-Ikhlas mencakup pembahasan tauhid, sehingga dinilai sepertiga berdasarkan tinjauan ini.  (Fathul Bari, 9/61)

Penjelasan kedua,

Bahawa isi quran secara umum boleh dibahagikan kepada 2 bahagian:

[1] Kalimat Insya’ (bukan berita): berisi perintah, larangan, halal-haram, janji dan ancaman, dan sebagainya.

[2] Kalimat khabar (berita): dan berita dalam al-Quran dibahagikan kepada 2 :

[a] Berita tentang makhluk: kisah orang masa silam, baik orang soleh mahupun orang jahat.

[b] Berita tentang khaliq: penjelasan tentang siapakah Allah, berikut semua nama dan sifat-Nya.

Mengingat surat al-Ikhlas hanya berisi berita tentang Allah, maka surah ini menyapu sepertiga makna al-Quran.

Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan,


ولذلك عادلت ثلث القرآن لأن القرآن خبر وإنشاء والإنشاء أمر ونهي وإباحة والخبر خبر عن الخالق وخبر عن خلقه فأخلصت سورة الإخلاص الخبر عن الله

Surat al-Ikhlas senilai 1/3 al-Quran, karena isi al-Quran ada 2: khabar dan Insya’. Untuk Insya’ mencakup perintah, larangan, dan perkaran mubah. Sementara khabar, di sana ada khabar tentang khaliq dan khabar tentang ciptaan-Nya. Dan surah al-Ikhlas hanya membahaskan khabar tentang Allah. (Fathul Bari, 9/61)

Pahalanya Senilai Membaca 1/3 al-Quran

Allah dengan rahmat dan kasih sayang-Nya memberikan pahala ibadah kepada hamba-Nya dengan nilai yang beraneka ragam. Ada ibadah yang diberi nilai besar dan ada yang dinilai kecil. Sesuai dengan hikmah Allah. sehingga, umat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam yang usianya relatif pendek, boleh mendapatkan pahala besar tanpa harus melakukan amal yang sangat banyak.

Umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam diberi oleh Allah lailatul qadar, yang nilainya lebih baik dari pada 1000 bulan. Ada juga masjidil haram, siapa yang solat di sana dinilai 100,000 kali solat. Kemudian surah al-Ikhlas, siapa membacanya sekali, dinilai mendapatkan pahala membaca 1/3 al-Quran.

Dan Allah Maha Kaya untuk memberikan balasan apapun kepada hamba-Nya sesuai yang Dia kehendaki.

Senilai dalam Pahala BUKAN Senilai dalam Amal

Kami ingatkan agar kita membezakan antara al-Jaza’ dengan al-ijza’.

Al-jaza’ (الجزاء) ertinya senilai dalam pahala yang dijanjikan

Al-Ijza’ (الإجزاء) ertinya senilai dalam amal yang digantikan.

Membaca surah al-Ikhlas mendapat nilai seperti membaca 1/3 al-Quran maknanya adalah senilai dalam pahala (al-Jaza’). Bukan senilai dalam amal (al-Ijza’).

Sehingga, misalnya ada orang yang bernazar untuk membaca satu al-Quran, maka dia tidak boleh hanya membaca surat al-Ikhlas 3 kali, kerana keyakinan senilai dengan satu al-Quran. Perbuatan ini tidak boleh. Kerana dia belum dianggap membaca seluruh al-Quran, meskipun dia mendapat pahala membaca satu al-Quran.

Sebagaimana ketika ada orang yang solat 2 rakaat solat wajib di masjidil haram. Bukan berarti setelah itu dia boleh tidak perlu solat selama 50 puluh tahun kerana sudah memiliki pahala 100,000 kali solat wajib.

Benar dia mendapatkan pahala senilai 100,000 kali solat, tapi dia belum disebut telah melaksanakan solat wajib selama puluhan tahun itu.

Berbeza dengan amal yang memenuhi al-Ijza’, seperti solat Jumaat, yang dia menggantikan solat zuhur. Sehingga orang yang solat Jumaat tidak perlu solat zuhur. Atau orang yang tayammum kerana uzur, dia tidak perlu untuk wudhu, kerana tayammum senilai dengan amalan wudhu bagi orang yang ada keuzuran.

Syaikhul Islam mengatakan,


فالقرآن يحتاج الناس إلى ما فيه من الأمر والنهي والقصص ، وإن كان التوحيد أعظم من ذلك، وإذا احتاج الإنسان إلى معرفة ما أُمر به وما نهي عنه من الأفعال أو احتاج إلى ما يؤمر به ويعتبر به من القصص والوعد والوعيد : لم يسدَّ غيرُه مسدَّه ، فلا يسدُّ التوحيدُ مسدَّ هذا ، ولا تسدُّ القصص مسدَّ الأمر والنهي ولا الأمر والنهي مسدَّ القصص ، بل كل ما أنزل الله ينتفع به الناس ويحتاجون إليه

Al-Quran, diperlukan manusia (sebagai) keterangan mengenai perintah, larangan, dan semua kisah yang ada, meskipun tauhid menjadi kajian paling penting dari kesemua itu. Ketika seseorang perlu untuk mengetahui perintah dan larangan dalam masalah perbuatan, dan perlu untuk merenungi setiap kisah, janji dan ancaman, maka kajian lainnya tidak boleh menutupi  keperluan dia pada itu semua. Kajian tauhid tidak boleh menggantikan kajian perintah dan larangan, demikian pula masalah kisah, tidak boleh menggantika perintah dan larangan atau sebaliknya. Namun semua yang Allah turunkan bermanfaat bagi manusia dan diperlukan mereka semua.

Lalu beliau mengatakan,


فإذا قرأ الإنسان { قل هو الله أحد } : حصل له ثوابٌ بقدر ثواب ثلث القرآن لكن لا يجب أن يكون الثواب من جنس الثواب الحاصل ببقية القرآن ، بل قد يحتاج إلى جنس الثواب الحاصل بالأمر والنهي والقصص ، فلا تسد { قل هو الله أحد } مسد ذلك ولا تقوم مقامه

Jika seseorang membaca surah al-Ikhlas, dia mendapat pahala senilai pahala sepertiga al-Quran. Namun bukan bererti pahala yang dia dapatkan sepadan dengan bentuk pahala untuk ayat-ayat Quran yang lainnya. Bahkan boleh jadi dia diperlukan bagi bentuk pahala dari memahami perintah, larangan, dan kisah al-Quran. Sehingga surat al-Ikhlas tidak boleh menggantikan semua itu. (Majmu’ al-Fatawa, 17/138).

Allahu a’lam.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute