ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 13 February 2016

ARAB SAUDI UMUM MESYUARAT PERTAMA PERIKATAN TENTERA NEGARA ISLAM DIADAKAN PADA BULAN HADAPAN



JEDDAH, 12 FEBUARI 2016 : Arab Saudi akan menjadi tuan rumah kepada mesyuarat pertama pakatan 34 ketenteraan negara-negara Islam yang akan diadakan pada bulan hadapan. Laporan media tempatan memaklumkan bahawa mesyuarat tersebut yang berlansung di Riyadh itu akan dihadiri oleh pegawai-pegawai tertinggi tentera kesemua negara pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi.

Pakatan yang ditubuhkan pada 15 Disember 2015 itu melibatkan 34 buah negara anggota iaitu Turkey, Pakistan, Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Malaysia, Tunisia, Sudan, Nigeria, Bahrain, Bangladesh, Senegal, Benin, Chad, Togo, Djibouti, Sierra Leone, Somalia, Gabon, Guinea, Palestine, Comoros, Qatar, Cote d’Ivoire, Kuwait, Lebanon, Libya, Maldives, Mali, Morocco, Mauritania, Niger dan Yaman. Selain itu 10 buah negara majoriti Islam lain turut menyatakan sokongan kepada pakatan ketenteraan tersebut.



Buat masa ini, Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi mengumumkan bahawa antara tujuan pakatan ketenteraan tersebut dibentuk adalah bagi melindungi negara-negara anggota pakatan tersebut dari sebarang aktiviti keganasan.

Tambahnya lagi pakatan yang dibentuk ini tidak hanya memfokuskan kepada perjuangan menentang kelompok khawarij Daesh / ISIS tetapi juga sebarang kegiatan keganasan di seluruh dunia.



Sumber : Arab News

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute