DISEBALIK KEMASUKAN 1.5 JUTA PEKERJA ISLAM BANGLADESH KE MALAYSIA


Oleh : Fairu Zamir

Isu kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ni rasanya ramai yang keliru. Dimomokkan plak dengan media putar-belit sampai ramai yang takut. Pro kerajaan pun ramai yang tak faham sampai mereka sendiri tembak kerajaan. Pembangkang tak payah cakap lah, selagi ada peluru selagi tu mereka tembak.

Pekerja Bangladesh yang dibawa masuk tak sama dengan pekerja Bangladesh yang ykita dah tau bersepah kat Malaysia ni. Sebelum ni, jika mana-mana syarikat di Malaysia memerlukan pekerja luar, mereka akan mendapatkan dari ejen.

Ejen pula jenis main 'tangkap muat' siapa saja asalkan duit masuk. Sebab tu ada sesetengah pekerja Bangladesh kat Malaysia ni lebih teruk dari setan. Kes jenayah dari pekerja Bangladesh ni pun banyak sebab ejen tak pernah saring siapa yang mereka bawa masuk.

Berlainan dengan sistem baru. Perjanjian MoU kerajaan Bangladesh dengan Malaysia ialah pihak sana akan menyediakan 'ladang' pekerja. 'Ladang' pekerja ini terdiri dari pekerja Bangladesh yang mahu bekerja dinegara luar.


Mereka ini ditapis dari segi rekod jenayah dan kesihatan oleh kerajaan Bangladesh. Taraf pendidikan juga diambil kira. Pendedahan awal mengenai negara-negara yang mereka pohon juga diberikan. Mereka juga akan diberikan latihan mengenai kerja apabila mereka terpilih.

Negara kita akan mendapat akses ke sistem 'ladang' pekerja Bangladesh melalui perjanjian ini. Pihak kerajaan kita akan memberikan segala maklumat yang diperlukan kepada kerajaan Bangladesh mengenai pengetahuan mengenai negara dan juga pengetahuan mengenai pekerjaan yang disediakan.

'Ladang' yang disediakan oleh kerajaan Bangladesh ini boleh dilayari secara online. Ini bermakna, sesiapa saja yang memerlukan pekerja asing boleh mendapatkan dari 'ladang' yang telah disediakan. Bila sebut sesiapa saja bermakna sesiapa saja dari pihak swasta dalam negara, mahupun negara lain.

Angka 1.5 juta orang bermaksud jumlah pekerja yang telah disediakan dalam 'ladang' ini oleh kerajaan Bangladesh. Ini bermakna tak semestinya 1.5 juta ini masuk ke Malaysia. Mana-mana negara lain yang menandatangani MoU dengan kerajaan Bangladesh boleh menggunakan khidmat 'ladang' ini.

Ini selari dengan kenyataan Menteri Sumber Manusia, Dato Seri Richard Riot di Parlimen pada 27 Januari 2016:

Persoalan membawa 1.5 juta pekerja asing untuk masuk ke Malaysia.

"Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang berlaku ialah macam ini. I think this is most opportunity time for me to explain."

"Sebenarnya apa yang berlaku ialah negara Bangladesh sudah mempunyai pool – I use the word pool iaitu dalam sehari negara Bangladesh boleh menghantar 1.5 juta pekerja untuk bekerja bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia termasuk Middle East."

"Perkataan ini, 1.5 juta untuk dimasukkan dalam Malaysia sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, adalah persepsi kurang tepat."

"Ini kerana bilamana kita membawa masuk pekerja asing, kita menggunakan khususnya sekarang satu kaedah yang kita panggil sebagai strict liability."

"Dalam strict liability ini secara online, majikan-majikan sendiri akan memohon pekerja yang diperlukan, yang benar-benar diperlukan oleh majikan melalui online ini."

Sejujurnya aku sokong langkah yang kerajaan buat sekarang berkaitan sistem 'ladang' kemasukan pekerja Bangladesh dengan kerajaan Bangladesh. Sebelum ini negara kita tiada sistem dalam memantau rekod peribadi pekerja Bangladesh yang dibawa masuk oleh ejen pekerja asing.

Dengan adanya sistem 'ladang' ini, kerajaan Bangladesh akan memastikan pekerja yang dibekalkan oleh mereka adalah terdiri dari pekerja yang telah ditapis sepenuhnya dan mendapat informasi jelas mengenai negara-negara yang akan mereka tujui.

Mana lebih bagus? Pengambilan pekerja Bangladesh melalui ejen atau melalui 'ladang' yang disediakan oleh kerajaan Bangladesh?

Rujukan:

Penyata rasmi Parlimen 27 Januari 2016 mukasurat 84: 
http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-27012016.pdf

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1214786

Post a Comment

0 Comments