9 LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL BAGI MEMBOLEHKAN HUDUD DILAKSANAKAN DI MALAYSIA


Macam mana nak buat hudud di Malaysia?

Oleh : Jebat

1. Kita perlukan 2/3 suara parlimen untuk ubah perlembagaan.

2. Dah dapat 2/3 nak buat apa? Buat usul kembalikan kuasa raja / sultan kepada kedudukan asalnya dengan ketetapan Sultan dan Raja-Raja Melayu diberikan kuasa mutlak.

3. Lepas dah kembali nak buat apa?

4. Yang Dipertuan Agong bubarkan parlimen termasuk bubarkan Suruhanjaya Pilihanraya.

5. Lepas dah bubar nak buat apa? Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu boleh bermesyuarat untuk memikirkan langkah menubuhkan Dewan Majlis Penasihat Diraja Raja-Raja Melayu.

6. Peranan Dewan Majlis Penasihat Diraja Raja-Raja Melayu ini berperanan sebagai merangka perlembagaan baru.

7. Keahlian dalam Dewan Penasihat Majlis Penasihat Diraja Raja-Raja dipilih bersandarkan kepada kepakaran individu tertentu dalam bidang masing-masing.

8 . Selepas Perlembagaan baru selesai, maka Majlis Raja-Raja Melayu boleh buat perintah untuk pewartaan.

9. Lepas dah warta, maka segala undang-undang mengenai Syariah boleh dipinda dan ditambah baik selaras dengan Al-Quran dan Sunnah tanpa perlu mendengar suara-suara orang bukan ISLAM atau orang ISLAM yang jahil mengenai ISLAM. Dengan kuasa mutlak maka tak sapa boleh bantah kalau Majlis Raja-Raja Melayu dah buat keputusan. Sebab negara kita pun dah tak jadi demokrasi dah...

Ini jer cara untuk buat hudud kat Malaysia ni. Sebab kalau korang kaji betul-betul, Hudud yang tulen ni hanya wujud kat Arab Saudi yang rajanya berkuasa mutlak... Wakakakkakkakakak

Alang-alang nak ubah! Ubah semua sekali... Ubah!!! Ini kalilah!


Bacaan lanjut mengenai kaedah perlaksanaan hudud di Arab Saudi boleh dibaca disini : http://www.nyulawglobal.org/globalex/Saudi_Arabia1.html

Post a Comment

0 Comments