ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 26 July 2016

KENAPA ORANG BUDDHA MYANMAR BENCI ORANG ROHINGYA?



Oleh : Jebat

Rohingya.

Apa masalahnya?

1. Perlembagaan Myanmar tidak mengiktiraf mereka. Malah penerima anugerah Nobel Keamanan, Au Sang Suu Kyi pun tak nak komen apa-apa apabila ditanya mengenai masalah yang dihadapi oleh kumpulan etnik ini. Seolah-olah Au Sang Suu Kyi bersetuju dengan pandangan dan tindakan junta tentera Myanmar, yang membunuh kumpulan etnik ini.

2. Dendam. Majoriti rakyat Myanmar yang beragama Buddha berdendam dengan kelompok ini. Ini kerana sewaktu British menjajah Burma, kumpulan etnik ini diberikan tugas sebagai anggota keselamatan yang menjadi polis dan tentera British di Burma. Dan macam biasalah, pastinya kumpulan etnik ini akan mendengar arahan British ketika menguatkuasakan undang-undang atau dalam misi peperangan. Dalam masa yang sama ada yang berpindah ke Burma atas faktor ekonomi (ada yang berkerja sebagai petani dan buruh kasar - saling tak tumpah macam Cina dan India masuk ke Tanah Melayu kerana faktor ekonomi yang ditawarkan British)

3. British Tidak Beri Jaminan Wilayah Mereka. Kumpulan Rohingya ini tinggal di wilayah Rakhine atau Arakan. Ada yang kata mereka dah lama tinggal di kawasan ini sebelum British berkuasa di Burma, dan ada yang kata sebaliknya, dimana setelah kehadiran British, barulah orang Rohignya ni datang ke Myammar. Namun pendekkan cerita, bila British blah dari Burma, mereka tak merdekakan Wilayah Arakan. Sebaliknya membiarkan pemerintah 'Burma' membuat keputusan.


4. Jadi apa yang jadi pada hari ini adalah berpunca daripada dendam kesumat orang Buddha Myanmar atas 'kejahatan' kumpulan etnik Rohignya. Myanmmar tak nak terima mereka ini dan tak akan menerima kumpulan ini sebagai rakyat mereka. Malah kalau ada mana-mana negara nak ambil kumpulan etnik ini, kerajaan Myanmar amat mengalu-alukan tindakan berkenaan.

Untuk rekod, Arab Saudi, Bangladesh, Thailand, Malaysia, Indonesia adalah antara negara-negara yang menerima kehadiran kumpulan etnik ini.

1 comment:

  1. Nak tau kenapa British tak nak merdekakan Wilayah Arakan? Sebab Rohignya adalah kerana org Rohignya ialah beragama ISLAM. Padahal British juga yang memberi tanah Palestin kepada Pendatang HARAM YAHUDI.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute