ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 24 July 2016

SPEAKER LUAR MASJID HANYA UNTUK AZAN.


Oleh : Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) 

Pihak pengurusan masjid dan surau sewajarnya menggunakan speaker HANYA untuk mengumandangkan AZAN.

Selain itu JANGAN.

Sebagai seorang Muslim kita diperintahkan supaya tidak mengganggu saudara Muslim yang lain.

Menggunakan speaker masjid untuk ceramah dan bacaan Al-Quran jelas boleh mengganggu penduduk sekitar.

Ini jelas suatu yang tidak wajar bahkan termasuk dalam menyalah gunakan speaker masjid.

Mengapa kita mahu bersikap KERAS dan mahu MEMAKSA sedangkan mendengar ceramah agama dan bacaan Al-Quran bukan suatu kewajipan. Perbuatan kita pula seolah-olah ia demikian.

Berbeza dengan mengumandangkan azan dengan speaker masjid ia menepati kehendak Syarak melalui kaedah Al-Masalih Al-Mursalah bagi menyeru penduduk sekitar hadir mendirikan solat fardu. Sekadar itu sahaja jangan kita bersikap melampau.

Hendaklah kita sentiasa dipandu oleh Syarak bukan emosi dan geram.

Niat kita mungkin baik mahu masyarakat mengambil manfaat daripada ceramah Agama dan bacaan Al-Quran.

Tetapi matlamat tidak menghalalkan cara.

Cara yang kita gunakan juga perlu baik menepati panduan Syarak.

Tidak pernah pada zaman Nabi atau Sahabat ada yang berdiri di atas bumbung masjid sepertimana ketika mengumandangkan azan bagi menyampaikan ceramah atau membaca Al-Quran. Tidak pernah sama sekali.

Mengapa demikian?

Ini kerana bukan semua masyarakat mempunyai kesediaan untuk mendengarnya. Masing-masing tentu sibuk dengan urusan harian mereka.

Kerana itu jugalah ALLAH telah memperkenankan permintaan Nabi dikurangkan solat fardu daripada 50 kali kepada 5 waktu sahaja. Lalu kita mahu bersikap keras dan menyusah-nyusahkan Umat dengan suatu yang afdalnya mereka datang ke masjid dengan KERELAAN bukan paksa untuk mendengar ceramah atau bacaan Al-Quran.

Sikap cinta dan sayang kita kepada Agama adalah BAGUS dan TERPUJI.

Tetapi bukan secara MEMBUTA.

Jangan kerana sikap gopoh kita menyebabkan orang benci kepada masjid dan tidak senang dengan orang masjid.

Barakallahu fikum.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute