ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 5 October 2016

APA YANG AKAN TERJADI JIKA RAKYAT AMERIKA SYARIKAT SAMAN ARAB SAUDI?


Oleh : Jebat

1. Walaupun baki laporan 28 muka surat 9/11 yang dirahsiakan sejak 2002 telah didedahkan baru-baru ini, yang mana menunjukkan bahawa Kerajaan Arab Saudi tidak mempunyai sebarang pertalian langsung dengan Al-Qaeda, baki laporan tersebut nampaknya tidak menghalang Kongres Amerika Syarikat dari membatalkan tindakan Veto Presiden Barrack Obama yang menghalang rakyatnya menyaman Kerajaan Arab Saudi. Dan Ianya sekaligus telah membuka peluang keluarga mangsa Tragedi 911 mengemukakan saman terhadap Kerajaan Arab Saudi (yang dikatakan terlibat dalam peristiwa 9/11).




2. Buat masa kini, Kerajaan Arab Saudi tidak memberikan sebarang respon daripada tindakan Kongres Amerika Syarikat. Namun berdasarkan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir beberapa bulan yang lalu, Arab Saudi berkemungkinan akan mengeluarkan simpanan dan menjual kepentingan mereka dari syarikat negara berkenaan sebagai respon dari keputusan tersebut. Tindakan Arab Saudi ini bukan sahaja boleh membawa kepada krisis ekonomi kepada negara berkenaan, tetapi juga membuka jalan kepada China untuk menguasai ekonomi dan hutang luar Amerika Syarikat. Sekaligus akan menyebabkan ekonomi Amerika Syarikat secara tidak langsung dikawal oleh China.

3. Dalam masa yang sama, tindakan kongres Amerika Syarikat ini turut membuka peluang kepada rakyat negara asing mengemukakan saman yang serupa terhadap kerajaan Amerika Syarikat. Arab Saudi juga mungkin akan bertindak menaja rakyat di negara-negara yang pernah menjadi mangsa serangan Amerika Syarikat seperti di Vietnam, Jepun, Afghanistan, Pakistan, Somalia, Venezuela, Filipina dan beberapa negara lain yang mana untuk mengemukakan saman keatas negara berkenaan sebagai 'balasan' kepada kongres Amerika.

4. Apa-apapun, tindakan ini telah menambahkan lagi keteganggan diantara Washington dan Riyadh yang sudah semakin tegang sejak Amerika Syarikat menandatangani perjanjian Nuklear dengan Iran awal tahun yang lalu. Walaubagaimanapun perkembangan terbaru ini dilihat amat menarik terutama sekali dikalangan pengkaji politik antarabangsa amnya dan timur tengah khasnya. Kita tunggu dan lihat respon daripada Arab Saudi mengenai perkara ini. 😏

p/s : Ramai pemain politik di Washington memang kurang gemar dengan Raja Salman ni. Malah ada yang beranggapan karakter Raja Salman seakan-akan abangnya, Raja Faisal (Rahimahullah).

Bacaan berkaitan :

1. http://www.penaminang.com/2016/07/video-13-tahun-arab-saudi-menjadi.html

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute