ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 13 October 2016

ARAB SAUDI DAN IRAN : MANA SATU PILIHAN MALAYSIA? [EDISI MURNI]

Oleh : Jebat

Kehadiran Presiden Iran, Hassan Rouhani ke Kuala Lumpur Jumaat yang lepas (7 Oktober 2016) dalam jangka lawatan rasmi selama 2 hari ke negara ini menimbulkan banyak polemik dikalangan rakyat Malaysia. Ada yang mengkritik kerajaan disebabkan memberi sambutan negara kepada Presiden Iran tersebut dan ada juga yang bergembira dengan kehadiran pemimpin negara parsi itu.

Dalam artikel hari ini, saya hanya melihat dari konteks diplomatik semata-mata dan dimana kecenderungan Malaysia yang sebenarnya.

Pada hakikatnya, dasar luar Malaysia adalah berbaik-baik dengan semua negara.

"Malaysia mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain di samping bersedia menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan negara. Malaysia memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui perundingan atau meja bulat dan menolak sekeras kerasnya pendebataan apatah lagi secara kekerasan dan paksaan.Seterusnya, Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni. Malaysia sentiasa memperjuangkan hak untuk setiap negara supaya menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur tangan dari pihak luar. Di samping itu, Malaysia yakin bahawa setiap rakyat di setiap negara tahu apa yang terbaik untuk negara mereka dan lebih memahami apa yang diperlukan" (Rujuk : http://www.pmo.gov.my)

Jadi, berdasarkan apa yang dinyatakan dalam makna dasar luar yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri Malaysia ini, kita akan dapati bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang terbuka dan menerima kehadiran mana-mana negara selagi mana ianya tidak menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara. Ini juga berdasarkan prinsip dasar luar Malaysia yang digariskan oleh Kementerian Luar Negeri yang menyatakan bahawa;

"Teras utama dasar luar Malaysia adalah untuk melindungi kedaulatan dan kepentingan negara serta untuk menyumbang secara bermakna ke arah masyarakat dunia yang adil dan saksama melalui perhubungan diplomasi yang effektif. (Rujuk : http://www.kln.gov.my)

Walaupun ada yang cuba memutarbelitkan fakta dengan menjadikan isu kehadiran Presiden Rouhani ni sebagai isu politik, tetapi fakta sebenar tidak akan dapat dipadamkan.

Berikut merupakan penjelasan yang menyeluruh status kehadiran Rouhani ke Malaysia dan apa respon Malaysia selepas itu.

1. Kehadiran Presiden Rouhani ke Malaysia BUKAN ATAS DASAR JEMPUTAN RASMI KERAJAAN MALAYSIA. Tetapi kehadirannya di Kuala Lumpur adalah untuk menghadiri 2nd Asia Cooperation Dialogue (ACD) di Thailand. Malaysia merupakan negara persinggahan beliau sebelum bertolak ke Thailand. Sebelum ini beliau telah mengadakan lawatan rasmi ke Vietnam. Kenapa Rouhani memilih Malaysia? Maka soalan seperti itu, anda perlu kemukakan kepada Kementerian Luar Iran. Adapun dipihak saya, saya berpendapat bahawa, faktor Rouhani memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi lawatan kerjanya ke Asia Tenggara adalah disebabkan Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia ini yang mengHARAMkan SYIAH. Maka dengan kehadiran Presiden Iran ini ke Malaysia, sekurang-kurangnya ianya dapat mengurangkan 'tekanan' yang dihadapi oleh komuniti Syiah di Malaysia.

2. Selain itu, kehadiran Rouhani ini juga secar tidak langsung telah menyemarakkan lagi perpecahan dikalangan ahli sunnah di Malaysia secara tidak langsung. Hal ini kerana, tatkala kehadiran Presiden Iran ini ke Malaysia, saya dapati bahawa orang yang mengaku memahami Sunnah bersandarkan manhaj Nabi dan Para Sahabat, gagal mengimplimentasikan pembelajaran mereka. Mereka gagal mengawal kemarahan, tidak mampu bersabar dan kesudahan paling nyata adalah mereka mula memerli dan memaki hamun kerajaan tanpa mengkaji secara mendalam kenapa dan mengapa kerajaan bertindak sedemikian.

3. Saya melihat, apa yang yang dilakukan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia ini adalah suatu kebiasaan dalam dunia diplomatik antarabangsa. Mana-mana Presiden atau ketua negara dari mana-mana negara yang mahu datang ke Malaysia akan diterimam dengan hati yang terbuka, selagi mana kehadiran mereka ini adalah secara aman. Maka saya merasakan bahawa segala persiapan dan sambutan yang dilakukan oleh pihak Wisma Putra dan bahagian protokol dan istiadat, Jabatan Perdana Menteri Malaysia adalah kebiasaan S.O.P yang digunapakai tatkala menerima kehadiran mana-mana ketua negara atau kerajaan.

4. Pada hakikatnya, pemimpin Iran ini sudah banyak kali cuba untuk 'approach' Malaysia. Buktinya beberapa bulan sebelum Presiden Rouhani mengangkat sumpah Presiden Baru Iran (2013), seorang Utusan Khas Kementerian Luar Iran, Syed Rasoul Muhajar telah datang ke Malaysia, hendak berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, kerana mahu menyerahkan surat jemputan secara rasmi kepada Perdana Menteri. Cuma tidak diketahui apakah punca sebenar, harapan utusan khas Iran itu tidak kesampaian. Maka surat berkenaan diserahkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang pada waktu itu hanya bertaraf Menteri Dalam Negeri sahaja. Mengikut perancangan asal, Perdana Menteri hanya meminta dirinya diwakilkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bagi menghadiri majlis angkat sumpah berkenaan. Tetapi, mungkin disebabkan mahu menjaga  hubungan ekonomi dan diplomatik kedua-dua buah negara, PM mengarahkan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri majlis berkenaan. Manakala kehadiran Tun Dr. Mahathir pula tidak diketahui apa statusnya.

5. Namun, berbeza pulak tatkala berita kemangkatan Raja Abdullah pada awal tahun 2015. Datuk Seri Najib sanggup memendekkan lawatan kerjanya ke Davos, Switzerland malah membatalkan kesemua urusannya tatkala World Economic Forum (WEF) sedang berlansung, semata-mata hendak menghadiri pengebumian Raja Abdullah dan dalam masa yang sama mengucapkan tahniah diatas perlantikan Raja Salman selaku Khadimul Haramain As-Syarifa'in yang baru. Dan sebagai tambahan, Raja Arab Saudi pertama yang melawat Malaysia ialah Raja Faisal Rahimahullah pada tahun 1970 manakala Raja Abdullah Rahimahullah merupakan raja Arab Saudi yang ke 2 melawat Malaysia pada tahun 2003 dan 2006.






6. Mengenai sumbangan Arab Saudi kepada Malaysia, saya rasa tidak perlu dipanjang-panjangkan cerita. Anda semua telah mengetahuinya. Cuma dalam hal ini, saya cadangkan anda membaca buku tulisn Prof Madya Dr. Asmady Idris (Pensyarah UMS). Pautan artikel berkaitan disini :

a) http://repository.um.edu.my/1072/1/Asmady%20Idris-Malaysia%20Economic%20Relations%20With%20Saudi%20Arabia.pdf 

b) http://www.mei.edu/content/malaysia-saudi-arabia-relations-roots-dimensions-and-prospects

7. Jadi, jika anda meluaskan horizon sudut pandang anda dan banyak melakukan kajian, maka anda akan mengetahui negara mana yang dianggap sahabat dan negara mana yang dianggap tidak lebih dari rakan dagang.

8. Kesimpulannya, jangan gopoh dan jangan emosi. Buat kajian terlebih dahulu terutama sekali yang mengaku 'tulen' dalam memahami agama ALLAH ni. Maka bagi mereka itulah yang lebih perlu melakukan kajian bertabbayun.

TAMBAHAN :

Selang beberapa hari kehadiran Presiden Iran tersebut ke Malaysia, pada 12 Oktober 2016, Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengadakan lawatan kerja ke negara berkenaan. (Sumber : Kementerian Luar Negeri)

Sumber :

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/najib-to-cut-short-davos-trip-to-attend-saudi-king-abdullahs-funeral

http://www.nst.com.my/news/2016/10/179683/zahid-five-day-official-visit-saudi-arabia

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-451230.html

http://www.presstv.ir/Detail/2016/10/09/488300/Iran-Thailand-Hassan-Rouhani

http://www.thestar.com.my/news/nation/2013/08/04/muhyiddin-tehran-iranian-president/

http://www3.irna.ir/en/News/80762496/Politic/New_Iranian_president_meets_Mahathir_Mohamad

http://www.arabnews.com/node/279142

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute