ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 5 October 2016

ARAB SAUDI : NEGARA YANG TERTUBUH KERANA DAKWAH



Oleh : Jebat

Arab Saudi tidak dibina atas semangat nasionalis sepertimana yang ditulis oleh penulis barat. Muhammad bin Saud (Pengasas kepada dinasti Al-Saud) membuat perjanjian dengan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab pada tahun 1744, bukan disebabkan untuk memperluaskan kuasanya, sebaliknya untuk membantu dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, mengembalikan jazirah Arab kepada Al-Quran dan Sunnah (ini kerana jazirah Arab pada ketika itu amat teruk persis sebelum kedatangan Islam). Ada yang sembah pokok, beribadah di kubur, syirik, bid'ah tak payah ceritalah!

Walaupun terdapat banyak teori atau kisah yang memaparkan sejarah terbentuknya kerajaan Arab Saudi, tetapi pada hakikatnya hanya satu faktor sahaja yang menyebabkan dinasti yang 2 kali dikalahkan ini boleh bangkit semula dan membina sebuah negara moden yang kekal sehingga hari ini.

Faktor berkenaan ialah : Asas Perjuangan Mereka Adalah Perjuangan Yang Mahu Mengembalikan Kegemilangan ISLAM menerusi Al-Quran dan Sunnah bersandarkan pemahaman Salafussoleh.

ITU SAHAJA.

Yang lain-lain tu hanyalah pandangan orang lain yang buat kajian pasal mereka sahaja. Itu pun hanya berdasarkan persepsi semata-mata (yang kadangkala aku rasa menyampah!). 

Dan just nak bagi tau korang, pemerintah Arab Saudi yang ada pada hari ini adalah dari keturunan Abdul Aziz bin Muhammad bin Saud (yang mati dibunuh ketika sedang mengerjakan umrah oleh Syiah ekoran beliaulah yang telah mengarahkan tenteranya menyerang Karbala dan Najaf serta memusnahkan binaan di kuburan Saidina Hussain bin Ali)

Jadi kalau Syiah bermusuh dengan keturunan Al-Saud, inilah antara salah satu puncanya.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute