ARAB SAUDI SUMBANG 2 BILION UNTUK STABILKAN RIYAL YAMAN


Al-Mukkalla, Yaman : Presiden Yaman, Abd Rabbo Mansour Hadi berkata, Arab Saudi telah bersetuju mendepositkan sebanyak 2 bilion dolar kepada Bank Negara Yaman.

Media milik kerajaan Yaman, SABA melaporkan, dalam taklimat kepada media Ahad lalu sejurus pulang dari lawatan singkat ke Arab Saudi, Hadi berkata, Kerajaan Arab Saudi bersetuju meluluskan permohonan kerajaan Yaman kepada bank pusat negara berkenaan sebagai salah satu usaha bagi mengukuh dan menstabilkan kewangan selain mengembalikan keyakinan ekonomi negara berkenaan.

Minggu lalu, mata wang Yaman merosot pada nilai 380 riyal berbanding dolar AS buat pertama kali sejak puak pemisah Syiah Houthi merampas kuasa pada tahun 2014. Perang yang terjadi diantara kerajaan sah Yaman pimpinan Hadi yang disokong oleh gabungan tentera negara Arab dengan Syiah Houthi telah menyebabkan eksport minyak dan gas negara berkenaan terpaksa dihentikan sekaligus memberikan kesan kepada kewangan neagra.

Ini diburukkan lagi dengan tindakan Syiah Houthi yang mencairkan rezab antarabangsa Yaman sekaligus memaksa Hadi memindahkan operasi Bank Pusat Yaman dari Sana'a ke Aden, yang terletak di selatan negara berkenaan. Kerajaan Yaman turut mendakwa Syiah Houthi telah mencuri wang yang di depositkan oleh Arab Saudi berjumlah 1 bilion ke bank pusat negara berkenaan bagi tujuan ketenteraan.

Sumber - Gulf News

Post a Comment

0 Comments