ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 16 May 2017

MOPTEE KATA PESTA BUKU LESU TANDA EKONOMI MERUDUM? INI CERITA SEBENARNYA

Oleh : Anasz*

Aku adalah seorang pengunjung tegar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Boleh dikatakan tiap-tiap tahun aku turun mencari bahan bacaan dari pelbagai disiplin ilmu. Bagi aku, PBAKL ini bolehlah dikirakan sebagai "Hari Raya" bagi pembaca buku, dan penulis buku selain menjadi medan terbaik penerbit buku mempromosi keluaran terbaru syarikat mereka selain memperluaskan jaringan penjualan buku Malaysia ke arena antarabangsa.

Baik, kembali kepada isu dakwaan seorang penjual meja yang katanya jualan buku merudum, akibat dari faktor ekonomi. Biarlah aku mulakan disini dengan memberikan sisi sebenar salah satu faktor daripada pengurangan jualan buku pada pesta kali ini. Kurangnya pembelian bahan bacaan pada PBAKL 2017 kali ini bukanlah disebabkan kepada kelembapan ekonomi semata-mata, sebaliknya ianya turut disumbangkan atas dasar kerajaan yang telah menggantikan baucer buku 1Malaysia (BB1M) dengan kad debit diskaun 1 Malaysia (KADS1M Debit) yang mana pelajar memperolehi 'tunai' dalam tangan.

Jika dahulunya Baucer Buku 1 Malaysia tidak boleh dicashkan (Melainkan ada Sindiket yang tunaikan Baucer berkenaan) dan 100% hanya boleh digunakan untuk beli buku dan alat tulis semata-mata, dengan liberalisasi keatas KADS1M ini, pelajar diberikan pilihan menggunakan wang berkenaan mengikut keperluan hemat diri.


Pemilik syarikat penerbitan Pelita Dhihin antara yang memberikan komentar berkenaan perlaksanaan KADS1M menggantikan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa, kerajaan sebenarnya sudah membuat perkiraan yang sewajarnya menukar baucer buku 1 Malaysia ini kepada bentuk tunai. Sebagai pengguna Baucer Buku 1 Malaysia, aku tak nafikan ianya bagus, tapi dalam masa yang sama mengurangkan kuasa pembeli. Aku mengambil contoh pada diriku sendiri. Sewaktu aku menggunakan baucer buku untuk melakukan pembelian keatas buku akademia di PBAKL, hanya disebabkan aku menggunakan baucer, aku tidak diberikan diskaun oleh penerbit-penerbit akademik. Alasan mereka, baucer tak boleh mendapat diskaun. Jika aku terlebih harga pembelian bahan bacaan, aku perlu menambah dengan wang sendiri dan jika terkurang, tidak ada baki yang akan diberikan.

Jadi disitu aku merasakan hak aku dinodai. Jadi bilamana kerajaan meliberalisasikan Baucer Buku kepada KADS1M ini, aku boleh membeli buku dengan cash dan mendapat diskaun dari penjual. Sekali gus menambahkan menambahkan hak aku sebagai pembeli.

Namun bila Baucer Buku 1 Malaysia ini di liberalisasikan, maka ianya juga membuka option kepada pelajar untuk membeli keperluan yang berbeza yang tak ada kaitan dengan keperluan akademia mereka. Namun inilah sikap kerajaan yang memberikan hak kebebasan kepada pelajar untuk merancang pembelian mereka tanpa menetapkan kepada buku semata-mata. Kerana kerajaan percaya, setiap pelajar ada keperluan yang berbeza. Jadi jika wang sudah ditangan, adakah kerajaan boleh memastikan setiap pelajar akan membeli buku semata-mata? Tentu sekali tidak! 

Jadi, tuduhan Moptee yang katanya jualan di pesta buku Malaysia adalah tanda kelembapan ekonomi Malaysia adalah sekadar ritorika ayat beliau semata-mata yang cuba mengumpan amarah rakyat pada kerajaan. Jika benar ekonomi Malaysia ini lembab, maka tanyakan padanya semula, adakah dengan kelembapan ekonomi Malaysia sebegini, pengurusan kelabnya boleh menawarkan harga Iftar berbeza kasta dengan nilai tertinggi 30ribu???

Cukup-cukuplah isu fitnah Jet Kerajaan dipermainkan di media sosial beberapa tempoh masa dahulu. Dah kantoi berkali-kali masih tak sedar diri? 

Tambahan : Pasal Pasar lenggang tu, tu kat tempat hang, bukan kat tempat aku. Tempat aku penuh jer. Kalau tak ramai kat pasar malam atau pekan nat (pasar hari) dorang maybe gi Tesco ke, Jusco ke, Giant ke, The Store ke, Langkawi ke..takkan tu pun aku nak ajar?

* Penulis merupakan Graduan Sarjana dari Bidang Strategi dan Keselamatan dari UKM, penerima baucer buku 1 Malaysia sebanyak 2 kali.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute