KRISIS DIPLOMATIK QATAR : MALAYSIA TUNGGU DAN LIHAT



Oleh : Bernama

KUALA LUMPUR, 5 Jun - Malaysia akan 'tunggu dan lihat dahulu' sebelum membuat keputusan sama ada mengikut jejak beberapa negara Arab yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita tunggu dan lihat dahulu. Kita rapat dengan negara-negara Teluk. Kita tidak tahu apa isu sebenarnya ketika ini. Kita akan ikuti perkembangannya," kata perdana menteri semasa diminta mengulas perkembangan terkini di Timur Tengah selepas melakukan lawatan ke Galeri Tun Razak Exchange (TRX) di sini, hari ini.

Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada Isnin setelah mendakwa negara Teluk itu menyokong pertubuhan pengganas.
KRISIS DIPLOMATIK QATAR : MALAYSIA TUNGGU DAN LIHAT KRISIS DIPLOMATIK QATAR : MALAYSIA TUNGGU DAN LIHAT Reviewed by pena minang on June 06, 2017 Rating: 5

No comments:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

Powered by Blogger.