ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 28 July 2017

KEBEBASAN PELAYARAN ADALAH HAK SEMUA NEGARA

Oleh : Anasz*

Arab Saudi, Bahrain dan UAE boleh sahaja halang kapal-kapal dagang yang hendak ke Qatar dari melalui selat Hormuz dan Teluk Arab. Namun ketiga-tiga negara berkenaan tidak melakukan perkara berkenaan kerana menghormati hak kebebasan pelayaran. Dan perkara berkenaan termaktub dalam UNCLOS. 

1. Pasal isu selat Tiran, saya malas nak ulas panjang, sebab dah ada pihak yang telah memberikan penjelasan dengan mudah. Boleh rujuk disini dan disini. Namun hari ini aku nak bagi tau korang apakah hak kapal-kapal melalui perairan di selat yang sempit? Sila baca penjelasan yang dibuat oleh Malcom N. Shaw dari buku : The International Law.



2. Buat masa kini, sekadar untuk makluman anda, Mesir dan Israel telah menandatangani perjanjian yang mula berkuatkuasa pada tahun 1979 bagi mengiktiraf status kebebasan pelayaran kepada kesemua kapal untuk melalui Selat Tiran dan Teluk Aqaba.

3. Untuk makluman korang, Arab Saudi dan Mesir ada isu bertindih diatas Pulau Tiran. Dimana Saudi mendakwa bahawa Pulau Tiran adalah milik mereka begitu juga dengan Mesir. Beberapa siri perbincangan telah dilakukan begitu juga perdebatan di Parlimen dan mahkamah di Mesir, akhirnya Mesir pada Jun 2017, negara berkenaan bersetuju menyerahkan hak kedaulatan pulau berkenaan kepada Arab Saudi.

4. Dalam satu temuramah di TV, Mohamad bin Salman (pada ketika itu masih menjawat jawatan Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi) menyatakan isu garis sempadan perairan masih lagi dalam perbincangan diantara negara berkenaan dengan Mesir. Kerana pastinya setelah proses ambil alih berkenaan dilaksanakan, pihak Arab Saudi akan melihat perjanjian-perjanjian laluan perkapalan yang telah dilaksanakan oleh Mesir dengan negara-negara lain. 

5. Dan proses melaksanakan kajian, ianya akan memakan masa. Kerana pengkaji akan melihat pelbagai faktor yang boleh memberi kesan (pro dan cons) kepada negara hasil dari tindakan atau polisi yang ditetapkan. Di pihak Pengkaji (maksudnya pegawai undang-undang antarabangsa Saudi, pakar Strategi dan Keselamatan serta Diplomatik), ruang lingkup pemikirannya adalah untuk mencari resolusi terbaik buat negara bukan sahaja pada masa ini, tetapi juga pada masa hadapan, manakala pendebat sekadar mendapat kemenangan tatkala berdebat.

Bacaan lanjut :

Mohd Arshad Atta Mohamad. 2014. The Paradox of The Straits of Malacca : Balancing Priorities for A Sustainable Waterway. Kuala Lumpur : Maritime Institute of Malaysia.

HRH Deputy Crown Prince of Saudi Arabia Mohammed bin Salman talks about Saudi - Egypt relation : https://www.youtube.com/watch?v=VeCisJ6UzEY

Despite Public Outcry, Egypt to Transfer Islands to Saudi Arabia : https://www.nytimes.com/2017/06/14/world/middleeast/egypt-saudi-arabia-islands-sisi.html

Tambahan : Pendebat Qatar Foundation pernah menyatakan bahawa ada rakyat Qatar dihalang dari memasuki Masjidil Haram pada ramadan yang lalu. Namun sampai sekarang beliau GAGAL membawa sebarang bukti menyokong dakwaan berkenaan. Tolong sampaikan pesanan kepadanya agar jangan melompat dari satu isu ke isu yang lain tanpa menyelesaikan isu yang beliau sendiri bangkitkan. 😏

#WeAreResearcher
#TalkLessMoreEvidence

*Penulis merupakan graduan Sarjana dalam bidang Strategi dan Keselamatan dari UKM

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute