ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 2 August 2017

SIARAN AKHBAR KEMENTERIAN LUAR NEGERI MALAYSIA BERHUBUNG SERANGAN PELURU BERPANDU HOUTHI YAMAN KE ATAS ARAB SAUDI


Pada 27 Julai 2017, Angkatan Tentera Arab Saudi telah memintas sebuah peluru berpandu 69 kilometer dari Mekah di kawasan Al-Wasliya, Wilayah Taif. Peluru berpandu berkenaan yang dikenali sebagai Burkan-1 dilapor telah dilancarkan oleh puak pelampau Houthi di Yaman. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan hasil serangan tersebut.

Malaysia mengecam serangan terkutuk ini yang boleh mengancam keselamatan jemaah dan berharap agar pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Malaysia sentiasa menyokong teguh usaha-usaha diambil oleh Arab Saudi dalam memelihara kesucian dan keselamatan Dua Kota Suci, Mekah dan Madinah.

Malaysia berharap agar konflik yang berlarutan di Yaman akan dapat diselesaikan secara aman.


PUTRAJAYA
28 Julai 2017

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute