ANAK MUDA MALAYSIA JAGUH "UNDERGROUND"

Oleh : Jebat

1. Ramai yang fikir macam tak ada apa yang berlaku di bekas Pengkalan Udara Sungai Besi. Malah orang ramai yang selalu drive melalui lebuhraya di tepi lapangan terbang berkenaan pun tak nampak apa-apa yang berlaku dalam kawasan berkenaan.

2. Tapi sebenarnya, kerja-kerja pembinaan telah pun bermula dalam projek mega Bandar Malaysia.

3. Antaranya ialah Projek MRT jajaran Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya yang dikendalikan oleh syarikat MMC GAMUDA.

4. Projek MRT kali ini berfokus kepada laluan tren bawah tanah yang akan melalui kawasan - kawasan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan berakhir di Putrajaya.

5. Menariknya dalam projek kali ini, proses pengendalian mesin bagi mengorek laluan bawah tanah ini akan dikendalikan oleh anak tempatan.

6. Melalui arahan Perdana Menteri, DS Najib, beliau mahukan anak tempatan pula diberikan peluang mengendalikan mesin berkenaan yang sebelum ini (pada projek fasa pertama MRT) ianya dikendalikan oleh pakar luar. Bayangkanlah..nak pasang mesin pengorek ni saja makan 2 bulan.

7. Kesemua anak tempatan yang diberikan tanggungjawab mengendalikan mesin berkenaan diberikan latihan selama 2 bulan oleh pakar luar yang dah lama terlibat dengan projek sebegini.

8.Selain dapat mengurangkan kos dari aspek menggajikan pengendali dari luar, ianya dapat memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada anak tempatan untuk mengendalikan alat berteknologi tinggi ini.

9. Dan mereka ini juga merupakan kumpulan pertama anak Malaysia yang diberikan tanggungjawab berkenaan. Yang suatu hari nanti bakal menjadi tenaga pengajar pada kumpulan-kumpulan anak tempatan yang berikutnya.

10. Inilah kisah yang tidak mahu didengari oleh pepuak Pakatan khawarij yang dok memekak tak tentu hala dengan mereka-reka cerita negatif mengenai projek Bandar Malaysia ni. Apa yang mereka mahukan adalah projek berprestasi tinggi ini gagal. Yang mana sekaligus ianya dapat memberikan keuntungan politik pada diri mereka.

11. Jadi, usah terpengaruh dengan dakyah puak khawarij di Malaysia ni. Memang kerja mereka adalah untuk memburuk-burukkan setiap usaha yang diambil oleh kerajaan untuk memajukan negara. Sebab mereka kemaruk nak berkuasa.

Post a Comment

0 Comments