ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 19 February 2018

PERTUKARAN YANG DIPERTUAN AGONG : PENCERAHAN BAGI MEREKA YANG KELIRU


Oleh : Anasz*
Sumber Gambar : Abu Muadz Mateen

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. " 
(An-Nisa' : 59)



1. Al-Quran sebut orang-orang yang berkuasa atau dengan erti mudah pemerintah. Perdana Menteri mahupun Yang Dipertuan Agong, kedua-dua nama berkenaan hanyalah gelaran. Sedangkan tugas dan tanggungjawab mereka adalah pemerintah.

2. Ketua Negara di Malaysia adalah Yang Dipertuan Agong, manakala Ketua Kerajaan Malaysia adalah Perdana Menteri. Kedua-dua ini adalah pemerintah yang sah kerana setiap dari mereka ini saling mengesahkan status Quo masing-masing. Ini dapat dilihat melalui istiadat perlantikan Perdana Menteri dilakukan di hadapannya di Istana Negara, manakala yang membaca surat pengistiharan YDPA sebagai Ketua Negara di Istana Negara pada Istiadat Pertabalan adalah Perdana Menteri.

3. Dalam pemilihan YDPA, ianya BUKANLAH melalui sistem pengundian atau pemilihan yang sepertimana yang kita fahami, tetapi ianya lebih kepada sistem penggiliran. Dimana YDPA yang berikutnya dilantik melalui sistem penggiliran yang telah termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.

4. Adapun sistem demokrasi di Malaysia, apabila Perdana Menteri memohon dan menasihati YDPA untuk memberi perkenan pembubaran parlimen, tidaklah bermakna kerajaan sedia ada terbubar. Jawatan Perdana Menteri masih kekal pada status Quo sebelum parlimen dibubarkan, dan kabinet masih terus menjalankan tugas sedia ada. Dalam hal ini saya minta anda baca buku mantan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas yang berjudul Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia bagi mengetahui perincian dan penjelasan lanjut kedudukan Perdana Menteri dan Menteri Kabinetnya ketika parlimen dibubarkan.

5. Nasihat saya kepada mereka. Belajar lagi.

Rujuk : 

https://www.malaysiakini.com/news/359018

http://www.utusan.com.my/rencana/yang-di-pertuan-agong-1.395437

http://www.sinarharian.com.my/nasional/sultan-muhammad-v-dipilih-yang-di-pertuan-agong-ke-15-1.573166

http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/

* Penulis merupakan penyelidik bebas dan Graduan Sarjana dalam bidang Strategi dan Keselamatan dari UKM.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2018 PM Institute