ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 22 May 2018

MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN PERDANA MENTERI UNTUK GUGURKAN HAKIM SKANDAL FOREX

KUALA LUMPUR 17 Mei - Permohonan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya Hakim Datuk Azizah Nawawi menarik diri daripada mendengar saman pemulanya untuk mencabar hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian urus niaga mata wang asing (forex) berjumlah RM31.5 bilion ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim itu membuat keputusan itu atas alasan, Perdana Menteri mesti menunjukkan bahawa wujud bahaya berat sebelah yang nyata dan bukan hanya berdasarkan syak wasangka yang munasabah semata-mata.

Pengerusi PPBM itu sebelum ini mengemukakan permohonan supaya Hakim Azizah menarik diri atas alasan beliau sebelum ini pernah mendengar permohonan semakan kehakiman Dr. Mahathir untuk membatalkan pelantikan dua anggota suruhanjaya tersebut.

Dr. Mahathir mengemukakan saman pemula itu pada 9 Ogos tahun lalu untuk membatalkan keputusan RCI yang dibuat pada 8 Ogos tahun sama bagi membatalkan pelantikan Pengerusi, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan seorang daripada anggota suruhanjaya siasatan itu, Tan Sri Saw Choo Boon sebagai anggota suruhanjaya itu.

Hakim Azizah pada 17 Ogos tahun sama bagaimanapun menolak permohonan Dr. Mahathir untuk membatalkan keputusan RCI yang menolak permohonan beliau untuk membatalkan pelantikan dua anggota suruhanjaya berkenaan selepas berpendapat bahawa keputusan itu adalah betul. 

- UTUSAN ONLINE

Komen Kami : Antara langkah awal yang diambil oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi setelah mengambil alih kerusi pemerintahan daripada Tun Dr. Mahathir ialah mengembalikan kredibiliti mahkamah di Malaysia melalui langkah reformasi dengan memastikan mahkamah bebas daripada mana-mana pengaruh pihak berkuasa. Apa-apapun kita seharusnya yakin bahawa Perdana Menteri seharusnya diberikan ruang untuk mempertahankan diri mereka. Ini selaras dengan prinsip undang-undang yang menyatakan 'ei incumbit probatio qui dicit, non qui negat' (“the burden of proof is on the one who declares, not on one who denies”).

Antara kes-kes yang pernah melibatkan proses mengugurkan hakim dari mendengar kes ialah ;

a) Rayuan Anwar mohon hakim tarik diri 19 Mac
b) Permohonan Kali Ketiga Anwar Agar Hakim Tarik Diri Ditolak
c) 'Berat sebelah': Anwar mahu hakim tarik diri

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2018 PM Institute