HARGA BARANGAN ASAS KEKAL MAHAL WALAUPUN GST SIFAR #PriceHike


a) GST sifar hanya memberi manfaat kepada golongan berpendapat tinggi apabila harga kereta mewah turun purata kira-kira RM10,000. - Ahmad Yazid, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

b) "Jangan cakap harga barang tidak naik jika SST dilaksanakan. Kalau kadar SST lima peratus, harga barang mungkin akan naik dalam kadar ini juga. Begitulah juga kalau kadar SST 10 peratus.

"Jangan berbohong kononnya ada peniaga cakap mereka menyerap cukai yang dikenakan kerajaan. Tiada istilah menyerap cukai dalam perniagaan," 

Kenaikan taraf elektrik seperti diumumkan kerajaan turut memberi tekanan kepada golongan peniaga.

"Contohnya bagi perniagaan Mydin, kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan pertambahan kos perniagaan mencecah jutaan ringgit. Ia belum dikira kos yang dikenakan pembekal," - Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin



c) Datuk Nadzim Johan berkata sikap pengguna di negara ini yang 'benak' turut menjadi faktor peniaga tamak terus 'bermaharajalela'.

"Rakyat Jepun dan Eropah akan boikot kalau harga barang mahal, (bagaimanapun) rakyat Malaysia tetap beli walaupun peniaga jual mahal. Peniaga fikir jual mahal pun orang tetap beli, jadi buat apa nak turunkan harga," - Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/445573/harga-barangan-asas-mahal-walaupun-selepas-gst-sifar
HARGA BARANGAN ASAS KEKAL MAHAL WALAUPUN GST SIFAR #PriceHike HARGA BARANGAN ASAS KEKAL MAHAL WALAUPUN GST SIFAR #PriceHike Reviewed by pena minang on July 06, 2018 Rating: 5

No comments:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

Powered by Blogger.