Terkini

[SAJAK] : WARKAH UNTUK BANGSAKU


Oleh : Nilamsuri

Salam sejahtera,
warkah bangsa ini kutitipkan khusus buatmu, Melayuku
selepas melihat keretakan pada cermin amanah
berbingkaikan pahit kesedaran di dinding episod sejarah.

Ingatan khusus buatmu, Melayuku;
jati diri Melayuku pernah dijajah tindas
maruah bangsamu pernah diragut ganas
kekayaan bumiku pernah dirampas bebas
budaya dan bahasaku pernah tenggelam lemas.

Salam sejahtera,
kutitipkan warkah ini khusus buatmu, Melayuku
sekadar mengingatkan bahawa kita pernah;
menjadi sebuah bangsa yang dikagumi
menjadi sebuah empayar yang digeruni
menjadi pelayar pedagang yang dihormati.

Salam sejahtera, Melayuku
marilah kita kembali membina sebuah lagenda bangsa
bangsa yang merdeka pemikirannya
bangsa yang merdeka perilakunya
bangsa yang merdeka gerak tindaknya
bangsa yang merdeka budaya dan bahasanya
bangsa yang merdeka segala!

______

Kuala Perlis
9 September 2001

No comments

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.