Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah, ialah mencintai saudara seagama yang tidak akan dipertikai dan dipersoal siapa dan apa kedudukannya. Mereka sentiasa mendoakan akan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan saudara-saudaranya yang seagama, senegara, dan para pemimpinya. Mereka menyeru sekalian umat Islam supaya saling mencintai antara satu samalain dan mencintai pemimpin yang menjadi saudaranya dalam Islam. Ini semua dirasakan semata-mata kerana mencintai Allah. Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah suka menasihati para pemimpin mereka jika didapati pemimpinnya melakukan kesilapan, kerana kebaikanpemimpin akan memberi manfaat kepada seluruh saudara-saudaranya (rakyatjelata) yang dilindungi oleh pemimpin. TETAPI SIKAP AHLI BID’AH sebaliknya, amat bertentangan dengan sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah terhadap saudara-saudara seagama dan kerajaannya jika mereka tidak mengikut aliran ideologinya. Adapun tanda-tanda besar yang menunjukkan bahawa seseorang atausesuatu kelompok itu dari golongan mubtadik ”Aktivis atau Pembuat Bid’ah”, ialah mereka yang berusaha dengan berbagai-bagai cara supaya rakyat membenci dan menghancurkan pemimpin Islam. Antara cara mereka yang terkutuk ialah dengan bertopengkan ibadah,iaitu mempengaruhi rakyat dengan cara mengajak mereka bersembahyanghajat dan berdoa beramai-ramai agar ditimpakan kecelakaan, kehancuranatau kejatuhan keatas pemerintah walaupun mereka tahu pemimpin yanghendak dijatuhkan itu seorang beragama Islam. Mereka mengHALALkan perlakuan apa sahaja cara dengan beralaskan bahawa pemerintah tersebut tidak berhukum dengan hukum Allah, kafir,zalim, dan fasik. Nabi Muhammad S.A.W telah menceritakan dengansabdanya tentang sikap manusia seperti ini yang suka menghancurkanorang lain : “Dari Abu Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W, : Apabilaseseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa”**H/R Muslim. Imam Al-Barbahary berkata : “Jika kamu mendengar seseorang suka mendoakan kecelakaan terhadappenguasa (pemimpin), maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut hawanafsu (pembuat/aktivis bid’ah)”* *Rujuk, Al-Ibanah. Jilid 2. Halaman.116. No.136. “Akan muncul selepas peninggalanku seseorang pemimpin, makamuliakanlah dia, dan barang siapa yang mencari-cari kehinaanya(kesalahan dan keaibannya) bererti dia telah melubangi satu sendi dalamIslam dan tidak akan diterima taubatnya sampailah dia (mengembalikankeadaan sebagaimana sediakala)” *Lihat: As-Sunnah (2/513) Dari Ibn Abi’ Asim. Sanad hadis ini sahih. Ibn Qayyim telah menjelaskan bagaimana sewajarnya sikap para ulamaAhli Sunnah Wal-Jamaah dan orang-orang awam yang beriman terhadap parapemimpin dan ketua pemerintahan yang masih beriman kepada agama Allah(Islam): Apabila mengikuti (mentaati) hadis Nabi (tentang negara ataupemerintah yang beragama Islam): Semestinya menasihatipemimpin-pemimpin kaum muslimin, hadis ini (yang memerintahkan agarmendekati dan menasihati pemimpin Islam) mengandungi maksud agarmenghilangkan sifat iri hati dan dengki, kerana nasihat tidak mungkinbersatu dengan kedengkian, sebaliknya ia melawan rasa kedengkian. Oleh itu sesiapa yang menegakkan nasihat kepada para pemimpin Islam danrakyat biasa, bermakna dia terlepas dari sifat dengki.” * Lihat : Miftah Dar Al-Sa’adah. Jld halaman 73. Adalah haram hukum bagi sesiapa yang mahu menjatuhkan para pemimpin, kerana menjatuhkan dia sama dengan merampas kuasa dan menumbangkankekuasaan yang ada pada tangan mereka yang menyebabkan negara akanmenjadi kacau bilau, perbalahan, perpecahan, dan kemusnahan kepada Umatdan Agama Islam itu sendiri. Tugas Ulama ialah mendidik rakyat dengan menyebarkan SEGALA KEBAIKANPEMERINTAH, MENGENANG BUDI DAN JASA DIATAS pembanggunan yang telahdiusahakan dan bersyukur kepada Allah, berterima kasih dan menjauhkandirinya dari menyebarkan keburukan pemerintah, kerana mereka beragamaIslam. Maka perbuatan keji Ulama Bid’ah, bertentangan dengan etika danamalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 24:19 yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yangkeji itu tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka Azabyang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” Waallahua’lam.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.