Oleh : Ustaz Fathul Bari (CEO iLMU)
Soalan: Bagaimana dengan orang yang merasakan dia boleh hidup tanpa berkahwin. Berkahwin menyusahkan dan mengongkong hidupnya, menimbulkan masalah, tidak boleh balik lewat, dan sebagainya. Dia mengatakan dia boleh berjaya tanpa wanita.
Jawapan:
Bismillah,
Di dalam Islam, perkahwinan merupakan satu tuntutan. Kata Nabi SAW di dalam hadis,
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
Maka dari hadis ini kita fahami bahawasanya perkahwinan itu adalah satu tuntutan. Sebab itu apabila datang tiga lelaki bertemu dengan Nabi SAW, seorang dari mereka berkata,aku akan shalat malam dan tidak tidur. Yang lain berkata, aku akan puasa dan tidak berbuka. Yang ketiga berkata, aku tidak akan menikah dengan wanita. Nabi SAW menegur tindakan ketiga-tiga mereka. Sabda Nabi SAW,
أنا أصوم وأفطر، وأقوم وأنام، وأتزوج النساء، فمن رغب عن سنتي فليس مني
Ini menunjukkan bahawasanya perkahwinan adalah asas dan tuntutan di dalam Islam. Walaubagaimanapun dalam sejarah Islam wujud juga golongan-golongan yang tidak berkahwin.
Contohnya, ada disusun satu kitab yang menghimpunkan senarai nama ulama-ulama Islam yang tidak berkahwin dan membujang. Antara yang popular adalah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah. Beliau adalah ulama popular yang banyak mengarang kitab dan turut berperang, berjihad di jalan Allah SWT, menjadi panglima perang, ditangkap dan dipenjarakan beberapa kali, begitu juga berkhutbah ke sana sini, berdebat dengan golongan yang benci kepada Islam.
Antara punca beliau tidak berkahwin bukan kerana tidak menyukai sunnah Nabi SAW, tetapi ada alasan tertentu di mana beliau sibuk dengan urusan mengurus negara, mengurus rakyat, mengurus ilmunya, berkongsi ilmu dengan masyarakat menyebabkan beliau tidak sempat memikirkan tentang perkahwinan.
Begitu juga Al-Imam An-Nawawi rahimahullah juga tidak berkahwin. Beliau orang yang kurus badannya, sibuk dengan tulisan, sibuk dengan ilmunya. Maka sekiranya ada alasan-alasan yang munasabah, maka tidak menjadi masalah. Tetapi jika tidak mahu berkahwin kerana merasa susah jika berkahwin, ada kekangan, maka alasan itu tidak diterima sama sekali. Perkahwinan tidak menyusahkan. Sedangkan sabda Nabi SAW,
“Berkahwinlah, sesungguhnya wanita itu akan mendatangkan kekayaan kepadamu dari harta benda.”
Ini pesanan Nabi SAW. Wallaahua’lam.
Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut dan teks diambil dari laman web disini:
0 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.