GAGAL KUMPULKAN 1JUTA!!! ANWAR MARAH MALAYSIAKINI, CHANNEL NEWS ASIA DAN AL-JAZEERA???

Oleh : Central

Himpunan Khawarij Rosak yang berlansung pada 12 Januari 2013 (semalam) berlansung dalam suasana yang terkawal. Tahniah kepada pihak PDRM yang telah menggunakan pendekatan 'psikologi' dalam mengawal sifat agresif para peserta yang datang dari pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia. Sudah pasti pihak-pihak yang cuba menjatuhkan kredibiliti PDRM selaku tunggak keselematan dalam negeri di Malaysia dah mati akal untuk mencari-cari kesalahan polis.

Namun apa yang kami nak fokuskan disini ialah mengenai kehadiran peserta dalam himpunan Khawarij itu. Terlalu banyak gambar yang menunjukkan 'kepadatan' Stadium Merdeka yang hanya mampu menampung 20 - 30 ribu orang dijadikan sebagai satu 'BUKTI' bahawa 1 Juta rakyat Malaysia hadir dalam perhimpunan berkenaan.

Kami telah pun melakukan pengiraan berdasarkan ruangan dalam dan luar stadium. Dan anggaran kami hanya 45 Ribu sahaja yang hadir dalam majlis berkenaan. Ianya boleh dibaca dengan lebih teliti disini : http://penaminangreturn.blogspot.com

Sekarang kami nak mengajak saudara-saudara sekalian melihat anggaran yang dikeluarkan oleh media tempatan dan media luar negara. Kami tidak mengambil Utusan, Berita Harian mahupun Sinar Harian kerana sifat negatif dikalangan penyokong pembangkang yang dah tak boleh menerima maklumat dari akhbar-akhbar arus perdana ini. Maka dengan itu kami memilih laporan Malaysiakini untuk media tempatan dan laporan Channel News Asia dan Al-Jazeera bagi media antarabangsa.

Sekarang kita lihat angka laporan MalaysiaKini ;



Seperti juga Anwar Ibrahim yang gemar menyebut angka-angka palsu seperti 16 September 2008, laporan belanjawan di parlimen (yang mana hujjah dapat dipatahkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin), begitu jugalah Malaysia Kini. Kami tidak yakin dari mana dia mengambil anggaran berkenaan. Adakah Malaysia Kini membuat kiraan mengikut standard sepertimana yang digunakan oleh pihak-pihak berkuasa di seluruh dunia dalam mengira populasi peserta dalam satu-satu perhimpunan atau sekadar mahu menampakkan bahawa 'banyaknya' jumlah peserta demonstrator yang hadir semalam.

Baik sekarang kita tinjau pula laporan dari Channel News Asia :



Channel News Asia tidak seperti MalaysiaKini hanya berani menggunakan perkataan 'At Least 50,000' peserta yang berhimpun dalam himpunan semalam. Sekaligus menunjukkan bahawasanya fakta untuk menetapkan 100 ribu peserta yang hadir di stadium semalam semalam tidaklah begitu kuat pada pandangan media yang berpengkalan di Singapura ini. 

Apa kata sekarang kita lihat pula laporan dari Al-Jazeera :



Jika Channel News Asia yang berpengkalan di Singapura meletakkan aggaran 50 ribu, Al-Jazeera yang mempunyai pelbagai pengalaman dalam memberikan laporan demonstrasi di pelbagai lokasi termasuk demonstrasi di Mesir mengurangkan 5 ribu peserta dari anggaran 50 ribu yang dilaporkan oleh Channel News Asia, yang mana Al-Jazeera melaporkan 45 Ribu peserta yang berhimpun dalam demonstrasi semalam.




Namun apa yang menariknya ialah, ketiga-tiga media ini tidak berani menyebut 1JUTA RAKYAT MALAYSIA telah pun berhimpun di Stadium Merdeka semalam, walaupun pada poster Himpunan dengan jelas menyatakan 1JUTA HIMPUNAN KEBANGKITAN di potretkan di poster-poster mereka. Adakah ini sebagai satu penipuan demi menarik minat orang ramai menyertai himpunan berkenaan? Hanya ANWAR IBRAHIM dan SYIAH MAT SABU boleh menjawab persoalan ini.

Apa pun perlu kita ingat rakyat Malaysia adalah berjumlah 28.3 Juta. Jika 1JUTA rakyat pun pakatan tak mampu nak kumpulkan, apalah makna 'Demokrasi' yang Majoriti menguasai Minoriti.

Laporan penuh MalaysiaKini boleh dibaca disini : Malaysiakini.com
Laporan penuh Channel News Asia boleh dibaca disini : ChannelNewsAsia.com
Laporan penuh Al-Jazeera boleh dibaca disini : Al-Jazeera

Post a Comment

3 Comments

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.