[UPDATE] 1JUTA SUMBAT DALAM STADIUM MERDEKA? JOM KITA KIRA VERSI 2.0


Oleh : CheWal

- mungkin ada yang beranggapan saiz 4meter persegi adalah terlalu besar. Saiz ini saya pilih untuk mewujudkan ruang keselesaan dan untuk duduk sekali.

- saiz normal badan manusia dari bahu ke bahu adalah 0.8m dan dari depan ke belakang adalah 0.5m. Kalau kita memilih saiz 1m x 1m, ianya terlalu sempit dan mungkin tiada ruang bernafas dan tiada ruang untuk duduk

- Kalau tidak suka dengan saiz 4 meter persegi, kita boleh pilih saiz 2m x 1m iaitu ....2 meter persegi.

Berdasarkan pengiraan saiz 2 meter persegi (darabkan orang atas padang dan diluar yg asal dengan 2)
oleh itu :-

atas kerusi stadium : 30,000
atas padang : 5,400
diluar : 9,700

Jumalah kesemua : 45,100 orang.

(Nota: saiz padang ini terlalu besar...lebih besar dari Old Traffod)

Teks asal :-

1. Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 diadakan oleh pakatan pembangkang petang tadi.

2. Berlainan dengan perhimpunan haram sebelum ini, perhimpunan kali ini mendapat permit polis dan penganjur perhimpunan akur dengan lokasi Stadium Merdeka.

3. Perhimpunan sebelum ini, walaupun dicadangkan di stadium, tapi penganjur tetap berdegil dan tetap mahu menjalankannya di jalan raya dan di Dataran Merdeka.

4. Mengadakan perhimpunan di stadium memudahkan pengiraan peserta. Ini kerana kapasiti stadium diketahui.

5. Seperti Sambutan Ulangtahun UMNO yang dibuat di Stadium Bukit Jalil, tahun lepas, mudah untuk mengetahui jumlah peserta iaitu lebih kurang 100 ribut berdasarkan kapasiti stadium Bukit Jalil. Jumlah mungkin lebih besar kalau diambil kira kawasan padang dan kawasa-kawasan luar.

6. Mari kita kira jumlah peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat KL 112. Saya memilih satu gambar yang dikira sebagai gambar yg menunjukkan crowd paling ramai iaitu gambar di bawah. Saya andaikan gambar ini gambar sebenar tanpa di photoshop.




7. Saya gunakan Google Map untuk mengira jumlah luas kawasan yang mempunyai peserta. Sila rujuk gambar dibawah




Pengiraan jumlah peserta :-

Saiz seorang manusia berdiri dengan keluasan yg selesa : 4 meter persegi
Kapasiti Stadium Merdeka (tempat duduk) : 30,000 orang

Luas Padang : 10,800 meter persegi (worst case).Luas padang Old Traffod adalah 7140 meter persegi.

Oleh itu bilangan manusia diatas padang : 10,800 / 4 = 2,700 orang

Luas kotak 1 di (luar stadium) : 11,970 meter persegi
Oleh itu bilangan manusia : 11,970 / 4 = 3,000 orang

Luas kotak 2 di (luar stadium) : 7,400 meter persegi
oleh itu bilangan manusia :  7,400 / 4 = 1,850 orang

Oleh itu, Jumlah keseluruhan : 30,000 + 2,700 + 3,000 + 1,850 = 37,550 orang.

8. Perhatian: dalam pengiraan ini, setiap manusia mengisi sepenuhnya padang, kotak 1 dan kotak 2 tanpa mengira poko-pokok dan bangunan yang ada.

9. Oleh itu, ini adalah worst case scenario. Apa yang menariknya adalah anggaran ini tidak jauh berbeza dengan anggaran yang diberikan oleh pihak polis iaitu sekitan 40,000 orang. Ini adalah kali kedua pihak polis memberikan anggaran yang hampir sama dengan pengiraan crowd. Pandai jugak polis buat anggaran.

10. Oleh itu, anggaran sebenar peserta adalah dibawah 37,000 orang. Mungkin inilah sebabnya kenapa pihak penganjur tidak mahu buat di Stadium Bukit Jalil. Kerana kapasiti yg besar akan mengakibatkan hanya 1/3 sahaja stadium dipenuhi. Satu pemandangan yang amat menyedihkan.

Komen Pena Minang : 

No wonderlah puak-puak ni tak berani nak pergi Stadium Nasional Bukit Jalil. Kompem nampak LOMPANG habis laaa.... Sebab tu macam-macam alasan tak munasabah yang keluar dari mulut organizer dia, contohnya tak ada pengangkutan awamlah, yang mana dakwaan itu Team Pena Minang berjaya patahkan menerusi artikel "MENILAI DAKWAAN KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN, SUSAH NAK KE BUKIT JALIL"

Selain itu Pena Minang juga ingin mengajak rakan-rakan untuk membaca kiraan yang dilakukan dalam worst scenario dalam kawasan Stadium Merdeka melalui artikel "1JUTA SUMBAT DALAM STADIUM MERDEKA? JOM KITA KIRA!!!"


Post a Comment

0 Comments