IMBASAN 2012 : CERITA RAFIZI, WARTAWAN DAN HUMMER




Oleh : Central.

Assalamualaikum.

Apa khabar korang semua? Hahahaha. Tak ada ucapan selamat tahun baru untuk kalian sebab ianya bukan sunnah. Jika aku sendiri tak sambut Ma'al Hijrah dan memberikan ucapan pada tahun baru ISLAM, jadi apa kejadahnya aku nak ucap selamat pulak dekat korang semua untuk Tahun MASIHI???

Tapi aku bukan nak cerita pasal hukum sambut Tahun Baru Hijrah ataupun Tahun Baru Masihi. Tetapi aku nak cerita pasal Pengarah Strategi PKR yang kantoi buat FITNAH....Mudah bukan mereka mencipta persepsi?? Ambil rakaman video, lepas tu pusing cerita macam-macam yang akhirnya lahirlah fitnah. Namun alhamdulillah untuk Press Conference kali ini Rafizi Ramli telah merasa bahana fitnah yang beliau lemparkan persepsi yang ditimbulkan oleh beliau mengenai HUMMER berkenaan yang dikatakan ada kaitan dengan anak MP Padang Rengas tidak mempunyai bukti yang jelas lagi kukuh.

Lebih memalukan bilamana Pengarah Strategi PKR ini dimalukan oleh wartawan yang menghadiri PC beliau dengan soalan yang paling mudah. Dimanakah kelibat anak MP Padang Rengas berkenaan? Inilah balasan ALLAH kepada pemfitnah. Sehebat-hebat dia merangka strategi untuk mengaibkan orang lain, akhirnya ALLAH memberikan balasan kepadanya dengan KANTOI BUTA TANPA BOLEH MENJAWAB PERSOALAN YANG DIBANGKITKAN OLEH WARTAWAN.

Apa pun TAHNIAH kepada KUMPULAN WARTAWAN yang hadir kerana BERTANYA KEPADA RAFIZI dimanakah gambar anak kepada MP Padang Rengas. Ini sejajar dengan perintah ALLAH S.W.T dalam surah Al-Hujuraat yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(49:6)

P/S : Teringat pulak aku dengan klip video Anwar. Yang tu diorang tak percaya pula eh???

Post a Comment

2 Comments

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.