Oleh : Central

"Sukar untuk mendapatkan kenderaan awam termasuklah bas, komuter dan sebagainya (untuk ke Bukit Jalil). Jadi tempat yang paling strategik untuk kita himpunkan semuanya adalah di Stadium Merdeka,"

Itulah kenyataan yang diungkapkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar ketika dihubungi oleh AntaraPOS semalam.

Untuk mendapatkan kepastian daripada dakwaan yang dikatakan oleh Shamsul ini, maka kami telah menjalankan satu siasatan ringkas bagi mengenal pasti asas kepada dakwaan berkenaan. Untuk itu kami telah membuat semakan di Laman Web Prasarana Negara Berhad bagi melihat perjalanan perkhidmatan pengangkutan awam dari beberapa lokasi tertentu menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Kajian akan melihat jaringan pengangkutan awam seperti LRT dan BAS.

a) Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan - (Johor, Negeri Sembilan & Melaka)

b) Hentian PUTRA (Berhampiran PWTC) - (Kelantan, Terengganu, Pahang)

c) Hentian Jalan DUTA (Berhampiran Stadium Hoki & Lembaga Peperiksaan) - (Kedah, Perlis, Perak & Pulau Pinang)

d) Pudu Sentral - (Kedah, Perlis, Perak & Pulau Pinang)

 Berdasarkan bukti-bukti diatas sekaligus membuktikan bahawa alasan Ketua Angkatan Muda Keadilan ini adalah satu PEMBOHONGAN. Inilah sikap PAKATAN KHAWARIJ. Matlamat menghalalkan cara.

Sumber :