Oleh : Kasturi 1- Mencipta rasa tidak selamat. Contoh : Malaysia tidak selamat, banyak jenayah, rasuah, kejadian bunuh sana sini, konspirasi dan lain-lain. 2- Alih tumpuan pihak berkuasa Ini menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menghabiskan masa untuk memberikan penerangan bagi menjawab fitnah yang ditimbulkan oleh pembangkang dan bukannya fokus kepada tugasan kerja yang hakiki. 3- Hilangkan kepercayaan rakyat terhadap pihak berkuasa. Contoh: Mengaitkan polis dengan kegiatan korupsi, rasuah... SPRM tidak telus, SPR biarkan pengundi hantu dan lain-lain. 4- Pihak berkuasa ditanamkan rasa takut untuk bertindak. Contoh : polis salah dan penjenayah diagungkan, BTN rasis tak boleh bercakap mengenai Hak Islam dan Melayu. 5- Provokasi supaya pemerintah bertindak balas dengan keras Bila pemerintah bertindak keras, institusi yang melaksanakan perintah undang-undang seperti polis dan tentera tidak mahu mempertahankan sebab sudah demoralised. Maka propaganda terhebat dilancarkan supaya kuasa yang ada dilucutkan, kuasa yang baru dinaikkan. Inilah cara yg digunapakai di seluruh dunia untuk menjatuhkan kerajaan di setiap negara. Kita sedang DICATURKAN oleh KUASA-KUASA tertentu di luar sana..... Adakah kita TIDAK PERNAH BERFIKIR? p.s : Kami pernah mendengar penjelasan ini dari seorang Pegawai Polis di IPK Selangor. Beliau menyatakan bahawa taktik ini diperkenalkan oleh CIA (Central Intelligence Agency) US, dalam merencanakan politik Orde Baru Dunia (New World Order).
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.