Oleh : Akhi Saufi EX-PMIUM Assalamualaikum. Kejadian pencerobohan / Kekecohan yang berlaku di UiTM Shah Alam semalam merupakan antara salah satu agenda yang selalu dimainkan oleh kumpulan yang majoritinya dari PRO MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA dan PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA yang kononnya menggelarkan mereka sebagai GM13. Untuk makluman para sahabat sekalian, kumpulan Pro Mahasiswa UM dan PMIUM merupakan kader kepada Pakatan Pembangkang. Ini terbukti dalam mana-mana program Pakatan, maka akan didapati PMIUM dan PROMUM merupakan kumpulan pertama menyokong apa juga program-program berkenaan. Namun saya mengharap rakan-rakan Mahasiswa dari UiTM janganlah menganggap keseluruhan pelajar UM seperti mereka. Untuk makluman rakan-rakan sekalian, kumpulan ini merupakan kumpulan mahasiswa yang kecewa dalam Pilihanraya Kampus yang lalu. Mereka GAGAL membentuk kabinet apabila kumpulan Mahasiswa dari PENGGERAK MAHASISWA telah membuat keputusan paling pelik dengan mengangkat CALON BEBAS sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya. Ini sekaligus menghancurkan impian mereka menguasai UM, dan dalam bahasa mudahnya mereka KALAH dalam pilihanraya Kampus yang lalu ekoran kurang majoriti untuk membentuk 'kerajaan'. Untuk makluman para sahabat, selain Khalid Ismath Syiah yang terlibat dalam program merosakkan kampus UiTM, majoriti yang hadir semalam hanyalah dari kumpulan minoriti pelajar UM. Kumpulan ini memang sering membuat onar di dalam kampus. Buktinya lihat sahaja ketika Pilihanraya Kampus beberapa tahun yang lalu; Jika di Universiti mereka sendiri pun, mereka boleh berkelakuan biadap, saya berani jamin mereka mampu buat di mana-mana sahaja. Kerana itulah sikap mereka. Bagi mereka suara mereka adalah segala-galanya tanpa mahu memikir pandangan orang lain. Ini bukan kali pertama kumpulan yang sama melakukan kekacauan di kampus orang lain....sebelum ini kumpulan yang sama pernah membuat onar di UPSI.
Kepada Mahasiswa UNIVERSITI MALAYA terutama sekali MAHASISWA BERGAMA ISLAM berbangsa MELAYU, perhatikanlah Perpustakaan kita, Sejauh mana kita memenuhi setiap ruang dan sudut meja yang disediakan untuk menuntut ilmu? Tidakkah kalian perasan, tatkala kalian bermati-matian berdemonstrasi, rakan-rakan kita dari bangsa CINA dan INDIA bermati-matian menyelak buku dan belajar. Tidak malukah kalian??? Kepada Mahasiswa UiTM, saya selaku mahasiswa UM memohon maaf diatas kebiadapan rakan-rakan saya di kampus anda. Percayalah, mereka ini tidak membawa suara majoriti Mahasiswa UM yang mahukan keamanan di kampus kami dan kampus anda.
Anda kata, anda mewakili mahasiswa islam, majoriti dari pengajian islam, kalau begitu, adakah akhlak yg anda bawa itu akhlak islam, akhlak nabi? Fikir2kn lah. Jgn disbbkn melayan nafsu amarah, anda bertindak tanpa memikirkn org lain.
Saya merasakan penulis menggunakan bahasa yang baik-baik sahaja. Tiada makian atau celaan. Tahniah. Saya juga ingin memohon maaf kepada semua mahasiswa di IPTA/IPTS lain.
Saya merasakan penulis menggunakan bahasa yang baik-baik sahaja. Tiada makian atau celaan. Tahniah. Saya juga ingin memohon maaf kepada semua mahasiswa di IPTA/IPTS lain.
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.
3 Comments
Anda kata, anda mewakili mahasiswa islam, majoriti dari pengajian islam, kalau begitu, adakah akhlak yg anda bawa itu akhlak islam, akhlak nabi? Fikir2kn lah. Jgn disbbkn melayan nafsu amarah, anda bertindak tanpa memikirkn org lain.
ReplyDeleteSaya merasakan penulis menggunakan bahasa yang baik-baik sahaja. Tiada makian atau celaan. Tahniah. Saya juga ingin memohon maaf kepada semua mahasiswa di IPTA/IPTS lain.
ReplyDeleteSaya merasakan penulis menggunakan bahasa yang baik-baik sahaja. Tiada makian atau celaan. Tahniah. Saya juga ingin memohon maaf kepada semua mahasiswa di IPTA/IPTS lain.
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته