Oleh : Stark (Panggilanpertiwi.my)
Boeing F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia
F/A-18D Hornet menggalas dua peranan penting dalam OPS Daulat iaitu sokongan udara jarak dekat (CAS) dan Interdiction. Namun sifat dan rupa bentuk krisis pencerobohan Lahad Datu menjadikan kedua - dua peranan ini agak sukar.
Dalam Konflik Lahad Datu perperangan berlangsung tanpa barisan hadapan sama ada dari pihak tentera mahupun pihak pengganas. Pihak Pengganas bijak untuk mengimbangi kelemahan dan batasan mereka, sengaja melawan dalam kumpulan saling berkait dalam unit-unit sel yang kecil dan tidak konvensional - jarang memilih untuk bertempur dengan kumpulan yang lebih besar daripada nombor mereka sendiri - dan langsung tidak linear dengan konsep perperangan konvensional.. mereka mahir dalam perperangan asimetrik.
Misi Interdiction menyekat laluan logistik juga bermasalah untuk di gunakan sebagai satu cara untuk mengurangkan kekuatan angkatan pengganas Suluk kerana mereka sengaja mengelak dari menggunakan cara dan taktik logistik konvensional. Sokongan Rapat biasanya dijalankan oleh pejuang-pengebom seperti Hornets atau pesawat pengebom ringan serangan darat seperti pesawat seperti Hawk 208, kedua-duanya digunakan untuk CAS. Pesawat-pesawat ini telah digunakan secara optimum untuk membinasakan kedudukan taktikal musuh di atas tanah.
Pada awal konflik seperti yang dilaporkan oleh media, pengganas bukan sahaja memilik kemahiran taktikal dan pengalaman tempur, malah dalam kes Kampung Tanduo mereka membina kubu-kubu pertahanan, membuat rondaan perimeter, meletakkan OP di lokasi-lokasi strategik dengan di sokong oleh penembak tepat dan MG nest. Begitu yakin dengan perjuangan mereka, pihak pengganas menggantung sepanduk, mengedar leaflet kepada penduduk kampung demi meyakinkan penduduk agar bersimpati dan menyertai mereka. Namun majority rakyat Lahad Datu enggan bekerjasama melainkan berberapa pengkhianat yang bersimpati dan berbangsa Sulu.
Pihak pengganas mengaturgerak pasukan mereka seperti pasukan tentera profesional. Maka penggunaan Hornet yang menjatuhkan 12 buah LGB Paveway II adalah amat tepat untuk soften kedudukan pertahanan mereka.
[Pengganas membakar rumah orang kampung]
Tiga buah F/A-18 D Hornet, dua GBU-16 Paveway II - Mk 83 kali pertama kali di jatuhkan keatas sasaran Suluk dengan ketepatan yang jitu membolehkan perimeter pertahanan musnah tanpa sebarang risiko ke atas unit sahabat yang bersedia untuk menyapu dan membersihkan Kawasan Zon Merah. Ini disusuli dengan hujanan mortar 81mm dan 105mm dari unit-unit artileri untuk pin down musuh dan menghuru-harakan barisan pertahanan mereka. Serangan permulaan ini berjaya dan berpuluh-puluh anggota pengganas terbunuh hasil kombinasi kuasa udara, artileri dan armor.
Saki baki pengganas kemudian meninggalkan kedudukan mereka, berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil dan cuba melakukan ambush bagi melindungi ketua mereka yang berundur ke Kampung Tanjung Batu. Pertempuran kecil berlaku di berberapa lokasi dan ramai pengganas terbunuh dan cedera. Sepanjang masa kumpulan pengganas ini sentiasa di tekan dan diburu tanpa belas kasihan. Serentak dengan ini juga sel-sel pengganas di luar Tanduo mula cuba melakukan hit and run namun kesemuanya gagal.
Sebahagian pengganas yang kehabisan peluru pula menanam senjata masing-masing menukar pakaian dan mula berjalan kaki ke arah kampung-kampung dengan harapan dapat melepasi mopping up operation tentera dan polis. Usaha mereka juga gagal dan berpuluh-puluh mereka yang disyaki pengganas di tahan oleh pihak polis.
1peluru 1musuh
Kehadiran LOH dengan sistem penderia tercanggih akan menjadi salah satu mata dan telinga pasukan penggempur
ACV 300 Adnan mempunya kuasa tembakkan yang lebih baik di samping berkemampuan melakukan operasi pada waktu malam.
Radpanzer Condor yang telah 30 tahun berkhidmat. Terlibat dalam pertempuran awal dengan cemerlang menggempur kedudukan pengganas dengan di sokong oleh infantri.
Objektif utama OPS Daulat ialah memelihara kedaulatan negara, membunuh dan menangkap pengganas dan yang paling utama melindungi rakyat SABAH terutamanya di Lahad Datu.
Apakah yang akan terjadi seterusnya? Kiram telah mengarahkan saki baki pengikutnya melakukan perperangan gerila di sabah dan kemudian memohon bantuan dari Indonesia agar menyokong perjuangan mereka. Adakah Indonesia dan Filipina akan mendokong keamanan Asean?
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.