SOALAN UNTUK MUZABZIB JAYYID JIDDAN [EPISOD 1]


Oleh : Jebat

Kami berbesar hati melihat kenyataan Maza dalam TWITT nya yang kononnya 2 minggu lepas Y.A.B Perdana Menteri menjemput beliau ke Pejabat Perdana Menteri. Bagi kami ini merupakan satu nikmat dari ALLAH S.W.T apabila memberi peluang kepada penjawat kerajaan seperti MAZA untuk bersua muka, bertentangan mata, bersendirian dengan PERDANA MENTERI untuk ditanyakan pandangan beliau mengenai hal-hal tertentu.

Soalan kami ialah : Adakah kamu wahai MAZA ada menyebut mengenai hal royalti negeri Kelantan di hadapan Najib? Ini bersandarkan kepada ucapan kamu dalam satu forum yang berlansung di Kelantan;


"Saya rasa tidak patut rakyat Kelantan Dinafikan Hak Royalti mereka Umpamanya"
(Minit 1:25 - 1:30)

Kami rasa isu ini antara isu yang hangat dibicarakan oleh Rakyat terutama sekali penduduk Kelantan. Jika YA, bolehkah anda kongsikan jawapan Najib Razak mengenai perkara tersebut? Lagipun inikan adalah urusan rakyat sepertimana yang kamu ungkapkan. Kami pasti ianya adalah perkara yang patut disebarkan kepada umum. Bak kata kamu, ini urusan rakyat...

Jika TIDAK, boleh tak kamu nyatakan sebab apa kamu tidak membangkitkan persoalan tersebut? Adakah perbincangan lain yang lebih utama daripada isu berkenaan? 

Kerana yang pastinya, selaku ahli akademik, anda pastinya tidak membincangkan isu-isu peribadi pemerintah sepertimana yang anda persetujui dalam ucapan anda pada video diatas.  Lagipun yang kamu jumpa ni ialah Pemerintah, bukannya Ketua Pembangkang.

Yang benar;

Kami yang mengharapkan jawapan.


Post a Comment

0 Comments