PASCA PRU 13 : AZMIN DAH MULA SINDIR ANWAR

Oleh : Putra

Nampaknya bahang pilihanraya masih belum reda. Daripada isu Tsunami Pengundi Cina yang menolak MCA dan GERAKAN selaku wakil mereka dalam kerajaan, isu dalaman PKR dan PAS juga tidak jauh hangatnya. Di pihak BN kesemua MB telah dikenal pasti dan ada yang telah mula mengangkat sumpah jawatan, begitu juga di pihak pembangkang. Di pihak BN, yang pastinya, wakil BN dari UMNO yang akan menjadi MB dan KM. Sedangkan di pihak Pakatan hanya Penang untuk DAP, Kelantan untuk PAS, manakala SELANGOR pula dalam dilema antara PKR mahupun PAS yang layak dilantik menjadi MB.

Mujurlah kali ini DAP dapat kerusi yang kurang dari PKR dan PAS. Kalau tak, mestilah DAP akan menjadi penentu kepada siapa yang dilihat olehnya yang layak menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Jika DAP mengambil model ketika mereka mendapat kuasa di PERAK, pastinya wakil PAS akan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Dan sekiranya ini boleh berlaku di Perak, mengapa ianya tidak berlaku di Selangor?

PKR dalam masa yang sama harus menyedari bahawa PAS adalah parti yang lebih 'Senior' daripadanya. Maka adalah lebih baik PKR beralah kepada PAS selaku orang yang lebih lama dan berpengalaman dalam politik dan pentadbiran negeri berbanding PKR. Selain itu PAS memiliki nilai ISLAM yang lebih tinggi berbanding PKR walaupun dalam kedua-dua parti ini mempunyai anasir SYIAH didalamnya.\

Namun ianya tidak menjadi masalah bagi UMNO dan PAS, kerana telah terbukti UMNO berjaya membantu PAS membuang TIMBALAN PRESIDEN SYIAHNYA dalam PRU13. Jika ini boleh berlaku dalam PRU13, masakan ianya tidak boleh berlaku dalam kerajaan campuran UMNO-PAS.

Apa pun, PKR harus memberi jalan kepada wakil PAS menjawat jawatan sebagai MB. PKR tidak layak ekoran sikap Menteri Besar PKR Selangor sendiri yang sering 'buat taik' ketika bercakap, yang mana ianya menjadi 'senjata' kepada BARISAN NASIONAL untuk menyerang pakatan.

Jadi adalah menjadi satu kewajaran sekiranya PAS diberikan kesempatan mentadbir Selangor. Dan sejarah membuktikan di bawah PAS, Kelantan berjaya dikekalkan untuk satu tempoh yang lama melainkan KEDAH.

Post a Comment

0 Comments