Nama Kitab : (Syarhus Sunnah : Kupasan Mengenai Islam adalah Sunnah dan Sunnah adalah Islam)
Penulis : Imam Abu Muhammad Al Barbahari rahimahullah
Tahqiq : Syaikh Khalid Ar Raddadi
Begitu banyak kaum Muslimin kerana kejahilannya belum mengetahui makna dan kedudukan As Sunnah. Ketidak fahaman terhadap Sunnah semakin merebak ketika muncul virus salah tafsir dari pemahaman yang salah terhadap Sunnah. Sunnah hanya dikenal secara dasar semata-mata. Kebanyakan orang beranggapan bahawa sunnah hanya berkaitan dengan urusan ubudiyah atau fiqh ibadah belaka. Yakni sunnah adalah hukum setelah Wajib yang membawa maksud : Jika dikerjakan mendapat pahala jika ditinggalkan tidak apa-apa. Inilah yang disebut memahami secara dasar / mendatar semata-mata. Padahal makna Sunnah tidak hanya dari sisi fiqh semata-mata, tetapi ruang lingkupnya lebih luas lagi. Antaranya ialah dari sisi aqidah. Jika dari sisi Aqidah, maka Sunnah adalah identiti Islam, sebagaimana perkataan Bisyr Bin Harits rahimahullah: " Al Islam adalah Sunnah dan Sunnah adalah Islam."
Banyak sekali ulama Ahlus Sunnah yang menamakan aqidah dengan namaAs Sunnah, sehingga beberapa ulama memberi judl buku-buku karya mereka yang membicarakan hal Aqidah Islam dengan judul 'As Sunnah". Seperti Kitab As Sunnah' karya Imam Ahmad bin Hambal, Imam Ibnu Abi Ashim, Abdullah bin Imam Ahmad bin Hambal, Imam Al Baghawi, Imam Al barbahari dan ulama lainnya rahimakumullah.
Berikut buku terjemahan dari Kitab Syarhus Sunnah yang memuat topik-topik penting Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah karya Imam Al Barbahari rahimakumullah. Disajikan dalam edisi terjemahan yang telah ditahqiq oleh Syaikh Khalid Ar Roddadi hafidzahulloh.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.