Oleh : Antarapos
KUALA LUMPUR, 27 JUN 2013 : Rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip, tidak perlu mendapatkan visa untuk berkunjung ke Jepun untuk tempoh jangka pendek mulai 1 Julai ini.
Kedutaan Jepun di sini berkata, kerajaan negara itu memperkenalkan kemudahan pengecualian visa sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan Persahabatan dan Kerjasama Asean-Jepun.
"Perkembangan ini dijangka akan meningkatkan lagi pertukaran antara Jepun dan Malaysia dengan peningkatan pelancong Malaysia ke Jepun serta meningkatkan kemudahan perniagaan antara dua negara," menurut kenyataan kedutaan itu.
Rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat relevan boleh berkunjung ke Jepun tanpa mendapatkan visa untuk tempoh jangka pendek tidak melebihi tiga bulan berturut-turut.
Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang tidak memegang pasport biometrik biasa dengan dilengkapi mikrocip dinasihatkan mendapatkan visa sebelum ke negara tersebut.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.