Oleh : Agenda Daily
Beria-ia Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat atau Speaker pada Isnin ini dijalankan secara undi rahsia.
Bahkan beliau siap beri amaran bahawa Parlimen akan berdepan dengan "perang besar" dari blok pembangkang sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi.
"Kalau kamu gagal bersikap jujur dalam Parlimen, kamu nak langgar pemilihan Speaker, kamu berdepan dengan perang besar pada 24 Jun ini," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pimpinan pembangkang, baru-baru ini.
Ketua Pembangkang penggal lalu itu juga mencadangkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Kadir Sulaiman dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Pakatan juga akan mencadangkan ahli parlimen Tumpat Datuk Kamruddin
Jaafar untuk jawatan timbalan speaker.
Ambil kira amaran ‘perang besar’, nampaknya macam Anwar ada niat tersembunyi.
Paling tidakpun, hari pertama sidang Dewan Rakyat Penggal ke 13 yang bemula 24 Jun ini pasti panas.
Lagipun, PKR sebelum ini sudah berura-ura untuk memboikot majlis angkat sumpah ahli parlimen.
Hanya DAP dan PAS menyatakan bahawa parti itu tidak akan memboikot majlis tersebut kecuali pada sesi taklimat kepada ahli-ahli parlimen minggu lalu.
Ibarat tak dapat tanduk telinga dipulas, PKR yang akhirnya mahu turut serta majlis angkat sumpah kini memberi tekanan pula terhadap sekretariat Parlimen, yang akan menjalankan pengundian bagi memilih Yang DiPertua Dewan Rakyat.
Setakat ini, Barisan Nasional (BN) dijangka mengekalkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi jawatan itu.
Bagaimanapun, dengan pencalonan Abdul Kadir, tentu pemilihan tidak dapat dielakkan Isnin ini.
Sepatutnya berdasarkan wesminster system, parti yang KALAH tidak akan mencadangkan nama tetali apa nak buat kerana pembangkang tetap mahu pilihan mereka juga jadi Speaker.
Cuma pelik bin hairan apabila Anwar beria-ia menegaskan mahu pemilihan undi sulit. Apakah ada muslihatnya atau lebih tepat ada udang sebalik batu?
Apakah ada usaha pembangkang untuk tawan Putrajaya melalui Dewan Rakyat selepas pelan 16 September gagal?
Jika pembangkang sanggup memburu 30 ahli parlimen BN penggal lalu untuk menyokong mereka mengambil alih kerajaan, tidak mustahil cara sama digunakan.
Tambahan pula, kali ini jumlah yang diperlukan cuma 23 orang bagi membolehkan pembangkang menguasai undian dengan majoriti 112 undi.
Pembangkang kini mempunyai 89 ahli parlimen manakala BN seramai 133 orang.
Niat tersembunyi Anwar dan geng boleh dicapai jika mereka berjaya mempengaruhi 23 ahli parlimen BN untuk mengundi menyokong pencalonan Abdul Kadir.
Lagipun, proses pemilihan Yang di Pertua Dewan Rakyat seperti dijelaskan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah, akan dijalankan melalui "undi bersurat".
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara terperinci sama ada pengundian itu dijalankan secara rahsia bagi mengelakkan perkara itu menjadi isu.
"Ia akan dilakukan melalui undi bersurat.
"Sila rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 4," katanya.
Menurut Peraturan Mesyuarat 4 (4), undi bersurat ialah setiap ahli parlimen yang hadir akan diberi sekeping kertas undi dan ahli itu boleh menuliskan pada kertas itu nama ahli atau seorang lain yang hendak diundinya.
Kertas-kertas undi hendaklah dilipat supaya nama ahli atau seorang lain yang tertulis pada kertas itu tidak boleh dilihat, dan hendaklah ditandatangan oleh ahli yang mengundi.
Bagi peraturan 4 (5), kertas-kertas undi hendaklah dipungut oleh Setiausaha atau oleh siapa-siapa pegawai Majlis yang diwakilkan olehnya dan hendaklah dijumlahkan oleh Setiausaha di Meja Mesyuarat.
Keputusan undi itu pula hendaklah dimasyhurkan oleh Setiausaha.
Jika ada ahli parlimen BN yang mengundi Abdul Kadir walaupun jumlahnya kurang 23 orang, ianya sudah cukup untuk pembangkang jadikan alasan memalukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mujurlah Abdul Razak seperti dilaporkan Bernama pada Jumaat menegaskan bahawa beliau menerima pencalonan pembangkang asalkan tidak mempunyai maksud tersurat.
“Kalau hasrat (pembangkang) itu betul, saya terima (pencalonan). Ini satu amanah yang saya fikir perlu pikul untuk kebaikan agama, bangsa
dan negara,” katanya.
Harap Anwar tidak main taktik kotor lagi. Maklumlah, ketika ini beliau tidak boleh menerima kekalahan pembangkang dan mendesak orang ramai menyertai Blackout 505 kerana marahkan SPR.
Pada ahli parlimen BN jangan pula ada yang rambang mata atau terpengaruh dengan macam-macam janji supaya mreka menyokong
pembangkang.
Buktikan kepada rakyat yang memilih ahli-ahli parlimen BN pada PRU 13 lalu bahawa mereka tidak salah pilih.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.