ANALISIS PRU13 : KELANTAN

Oleh : KBPR

BN pada PRU13 telah berjaya mengekalkan semua 7 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU12 dan Pilihanraya Kecil Galas iaitu N1 Pengkalan Kubor, N25 Kok Lanas, N36 Bukit Bunga, N38 Kuala Balah, N43 Nenggiri, N44 Paloh dan N45 Galas. 

5 kerusi DUN yang berjaya ditawan BN pada PRU13 adalah N27 Gual Ipoh, N29 Selising, N31 Semerak, N37 Air Lanas dan N42 Dabong. Jumlah keseluruhan kerusi DUN yang dimenangi BN di Kelantan adalah 12 kerusi, peningkatan 5 kerusi berbanding sebelum ini.

Jika BN mampu mengekalkan kesemua kerusi DUN yang dimenangi BN pada PRU13 sebagaimana BN mengekalkan kesemua kerusi DUN yang dimenangi BN pada PRU12, tidak mustahil BN mampu menawan Kelantan pada PRU14 jika berusaha lebih kuat di sekurang-kurangnya 11 lagi kerusi DUN. 

Antara kerusi-kerusi DUN yang boleh diberikan fokus oleh BN sudah tentulah kerusi-kerusi DUN yang dimenangi dengan majoriti kecil atau tipis oleh PAS. Contohnya, N4 Wakaf Bharu (majoriti 978 undi), N11 Tendong (majoriti 978 undi), N15 Gual Periok (majoriti 615 undi), N16 Bukit Tuku (majoriti 879 undi), N22 Jelawat (majoriti 102 undi), N33 Pulau Chondong (majoriti 919 undi), N32 Gaal (majoriti 302 undi), dan N40 Guchil (majoriti 492 undi).

Dengan kedudukan Menteri Besar Kelantan sudah berubah penyandangnya serta kemungkinan ini adalah penggal terakhir untuk Nik Aziz, BN Kelantan mempunyai peluang lebih cerah untuk ke Kota Darulnaim pada PRU14 sekiranya jentera BN bekerja keras untuk mengekalkan kesemua kerusi yang dimenangi pada PRU13 dan menawan sekurang-kurangnya 11 lagi kerusi DUN.

Post a Comment

0 Comments