Alih Bahasa ke Bahasa Melayu Stardard Malaysia oleh : UKT
Tajuk Asal Buku : Siapa Bilang Sunni Syi'ah Tidak Bisa Bersatu
Sebagaimana dikatakan oleh penulis, bahawa berpegang kepada manhaj yang benar adalah syarat mutlak untuk mengetahui hakikat Islam yang sebenar. Dan sebaliknya, rosaknya manhaj adalah penyebab utama kepada kekaburan dan gelapnya dalam menerima hakikat. Dan kesahihan manhaj yang dianuti oleh kedua pihak yang bertentangan ini, tidak akan dapat dihentikan kecuali melalui dialog dan diskusi.
Sungguh memenatkan bagi umat ini yang selama ini telah disibukkan oleh perseteruan yang getir dengan golongan Syi'ah. Apa yang sebenarnya terjadi antara Ahlus Sunnah dengan Syi'ah? Apakah perselisihan yang terjadi di antara keduanya hanya masalah kecil atau substansial? Hanya masalah furu' atau dalam masalah ushul (akidah)? Atau hanya kerana faktor-faktor politik atau pokok-pokok Agama? Sebegitu jauh pertentangan di antara keduanya hingga harus ada usaha untuk mempertemukannya?
Buku ini adalah di antara jawapannya. Buku ini merupakan dialog antara seorang doktor dan guru besar Ahlus Sunnah dengan seorang doktor dan guru besar Syi'ah yang mana isinya patut dibaca dengan teliti oleh setiap kaum Muslimin; para ustaz, pemikir, penulis, pemerhati sosial, mahasiswa, dan terutama sekali bagi mereka yang selama ini menyerukan pluralisma, agar kita semua memiliki bashirah dalam beragama.
Dialog ini benar-benar terjadi, bukan fiktif, sehingga hasil kesimpulan dari dialog ini juga benar-benar sebuah kesimpulan ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan.
PERMULAAN KISAH DIALOG
Dalam buku ini Syaikh Dr. Sa'ad Hamdan, penulis buku ini, dalam prakata di awal buku ini secara ringkas menyatakan : Pada Bulan Ramadhan 1423 H, saya dikunjungi oleh Dr. Abu Mahdi Muhammad al-Husaini al-Qazwini, di kediaman saya. Dia adalah seorang pensyarah di salah satu universiti di Iran, bahkan dia juga memberikan kuliahnya di lapan universiti di sana. Sebagaimana yang dia beritahukan kepada saya setelah itu, tujuannya hanya ingin melakukan dialog dengan saya mengenai berbagai masalah yang diperselisihkan antara Ahlus Sunnah dengan Syi'ah. Dan saya pun bersetuju dengan permintaan berkenaan.
Berlangsunglah dialog tersebut dalam sejumlah masalah, dan di antara keyakinan Ahlus Sunnah yang saya tegaskan ketika itu adalah bahwa Allah Ta'ala telah mengutus para rasul untuk menegakkan hujjah atas seluruh makhluk, sebagaimana Firman Allah Ta'ala,
رُسُÙ„ًا Ù…ُبَØ´ِّرِÙŠْÙ†َ ÙˆَÙ…ُÙ†ْØ°ِرِÙŠْÙ†َ Ù„ِئَÙ„َّا ÙŠَÙƒُÙˆْÙ†َ Ù„ِلنَّاسِ عَÙ„َÙ‰ اللَّÙ‡ِ ØُجَّØ©ٌ بَعْدَ الرُّسُÙ„ِ ÙˆَÙƒَانَ اللَّÙ‡ُ عَزِÙŠْزًا ØَÙƒِÙŠْÙ…ًا.
Kemudian Allah menutup para rasul tersebut dengan Nabi kita, Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Dan kerana baginda adalah pembawa risalah terakhir kepada umat manusia, maka pastilah Allah telah menyiapkan bagida dengan faktor-faktor kejayaan dalam menegakkan hujjah yang dimaksud, yang bertujuan untuk mematahkan alasan-alasan manusia yang tidak taat hingga Hari Kiamat tiba. Dan faktor-faktor kecemerlangan tersebut tidak dapat terealisasi kecuali dengan tegaknya beberapa hal pokok. Antaranya ialah :
1. Kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada baginda yang mencakupi keperluan kesemua manusia dalam beragama.
2. Allah menjaga kitab suci tersebut dari kekurangan atau penambahan, sehingga hujjah benar-benar tertegak untuk selamanya.
3. Allah menyiapkan orang-orang yang menjaga Agama ini dan menyampaikannya kepada manusia. Menurut Ahlus Sunnah, semua ini telah teresalisasi, sedangkan menurut Syiah ianya tidak terealisasi.
Menurut Ahlus Sunnah, Allah telah menurunkan sebuah kitab suci yang sempurna sebagai pedoman beragama bagi umat ini, dan Allah telah berjanji untuk memeliharanya, sehingga tidak akan boleh ditambahi dan tidak pula dikurangi. Dan bersama itu, Allah juga telah menyiapkan orang-orang pilihan-Nya, lagi mulia untuk menjadi penegak hujjah dan dakwah sepeninggal Nabi-Nya yang agong, yakni para sahabat, yang dengan dakwah dan jihad merekalah, agama Islam ini tersebar ke seluruh dunia.
Tetapi menurut Syiah, al-Quran tidak cukup, dan harus ada imam yang menjelaskan kepada manusia. Yang aneh, imam yang mereka dakwakan itu tidak memiliki kuasa di muka bumi ini. Dalam erti kata lain, tidak memiliki kemampuan untuk melaksanakan tugas tersebut.
Syiah juga mendakwa bahawa al-Quran yang sampai kepada kita sekarang adalah tidak lengkap.
Penganut Syiah juga berkeyakinan bahawa para sahabat Nabi Sallallahu alaihi wasallam, -yang berdasarkan catatan sejumlah kitab rujukan diperkirakan berjumlah sepuluh ribu orang-, semuanya telah murtad dan mengkhianati Nabi Sallallahu alaihi wasallam, kecuali empat orang saja.
Dengan demikian, Syiah telah membuat kesimpulan bahawa Agama Islam ini telah gagal ditegakkan sejak pertama kali, dan bermakna bahawa Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam juga telah gagal dalam mendidik para sahabat baginda. Ini juga bererti bahawa Agama ini tidak boleh menjadi hujjah untuk ditegakkan kepada manusia.
Dan begitulah dialog tersebut berkembang ke berbagai masalah prinsip lain yang tertuang secara apik dalam buku kita ini.
Pertemuan tersebut kemudian berakhir, dan Dr. Abu Mahdi al-Qazwini kemudian meninggalkan Makkah.
Lebih kurang satu tahun tiga bulan setelah itu, saya menerima faksimili dari Dr. al-Qazwini yang dilampirkan dengan sebuah risalah hasil penelitiannya setebal 52 halaman. Dia mengatakan bahawa dia telah menghabiskan 500 jam untuk meneliti kitab-kitab Syiah dan kitab-kitab Ahlus Sunnah untuk mempelajari jawapan-jawapan saya. Dan kemudian dialog berlanjutan dengan pelbagai cara; surat menyurat, faksimili dan lainnya. Demikianlah Syeikh Dr. Sa'ad al-Ghamidi menuturkan secara ringkas.
Semua itu adalah bahan dari buku ini, yang disusun oleh Syaikh Dr. Sa'ad Hamdan dengan baik dan berkualiti untuk dibaca. Penuh dengan argumen dan juga sopan santun dalam dialog yang tinggi yang patut dihargai.
Kesan terakhir dari Syeikh Dr. Sa'ad al-Ghamidi beliau mengatakan, "Ini saya lakukan dengan harapan dapat menyedarkan dia dan setiap penganut Syiah, dan sebagai peringatan terhadap bahaya dan firqah aqidah mereka. Agar mereka menolong diri mereka sendiri sebelum mereka meninggalkan dunia ini (untuk mempertanggungjawabkan semua apa yang mereka yakini di hadapan Allah azza wajalla).
ISI BUKU SECARA UMUM
Di antara yang menarik dalam dialog ini adalah argumentasi Dr. al-Qazwini bahawa buku Lillah Tsumma li at-Tarikh (yang kami kira sudah ada edisi terjemahannya) merupakan pengakuan seorang mantan ulama Syiah yang kemudian bertaubat kepada Islam, bahawa itu adalah pengakuan bohong dan bersifat rekaan. Syaikh Dr. Sa'ad al-Ghamidi berhasil membuktikan bahawa dakwaan itu tidak fiktif dan pengakuan tersebut bukanlah suatu kebohongan terhadap Syiah.
Masalah lain yang juga dibela secara bermati-matian oleh Dr. al-Qazwini adalah kaedah dan prinsip dalam mensahihkan dan mendhaifkan hadis-hadis. Dan diskusi dalam tema ini sangat penting untuk dicermati oleh kaum Muslimin, terutama para ustaz dan tokoh, kerana ternyata Syiah memiliki standard dan kaedah yang tersendiri. Bahkan memiliki kitab-kitab rujukan biografi para perawi hadis sendiri yang berbeza dengan apa yang dipegang oleh Ahlus Sunnah. Masalah lain juga disentuh antaranya adalah penafsiran berbagai ayat al-Quran, yang acap kali terjadi perselisihan yang tajam antara Ahlus Sunnah dengan Syi'ah.
Dan masalah yang paling sengit yang diperdebatkan dalam buku ini adalah mengenai khilafah; benarkah Nabi Sallallahu alaihi wasallam pernah mewasiatkan agar diganti oleh Ali bin Thalib sebagai khalifah setelah baginda wafat? Apa jawapan Ahlus Sunnah? Maka untuk mendapat jawapan kepada persoalan berkenaan, maka bacalah buku ini.
TENTANG JUDUL BUKU
Barangkali judul ini mengganggu sebahagian kaum Muslimin yang seakan-akan berburuk sangka dengan isi buku ini. Untuk itu kami sampaikan, bahawa judul ini diputuskan berdasarkan keputusan pasukan editorial di pustaka DARUL HAQ. Dan kami tidak bermaksud melakukan kekeliruan kalimat. Tujuan dan dasar kami dengan judul ini, Siapa bilang Sunni Syi'ah tidak Bisa bersatu, adalah agar kalangan orang Islam yang selama ini menyeru dialog dan menghentikan perseteruan dengan Syi'ah juga membacanya. Sekaligus menjelaskan kepada mereka bahawa seruan mereka itu adalah suatu usaha yang sia-sia. Kerana Islam dan Syiah sama sekali tidak akan pernah boleh bersatu. Jadi Siapa Bilang Sunni Syi'ah Tidak Bisa Bersatu? Yang berkata adalah buku ini, tetapi anda harus membacanya terlebih dahulu, terutama bagi mereka yang selama ini menggembar- gemburkan bahawa perselisihan antara Ahlus Sunnah dengan Syi'ah hanya faktor-faktor politik, atau masalah-masalah kecil yang tidak melibatkan prinsip Islam. Cuba anda berfikir secara cermat!! Dua orang profesor doktor dari kedua belah pihak berdiskusi secara panjang lebar, tapi hasilnya? : Tidak mungkin dipertemukan. Kenapa?
• Ahlus Sunnah sepakat bahawa Abu Bakar dan Umar adalah manusia terbaik setelah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, dan ini didukung dengan pelbagai dalil dari al-Quran dan as-Sunnah yang bahkan mencapai darjat mutawatir. Tetapi Syiah pula memasukkan mereka berdua di antara mereka yang murtad sepeninggal Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam.
• Ahlus Sunnah sepakat bahawa al-Qur`an telah sempurna dan terjaga dari pengurangan dan penambahan, bahkan tak satu pun dari golongan yang menyimpang dari Ahlus Sunnah yang menyelisihi kesepakatan ini selain Syiah yang berani mengatakan bahawa al-Quran ini telah terjadi pengurangan ayatnya.
• Ahlus Sunnah sepakat bahawa para isteri Nabi Sallallahu alaihi wasallam termasuk dalam Ahlul Bait yang dimuliakan Allah. Tetapi sebaliknya Syiah yang mencaci maki para isteri nabi sebagai orang-orang yang munafik dan murtad sepeninggalan Nabi Sallallahu alaihi wasallam.
• Ahlus Sunnah sepakat bahawa para sahabat Nabi Sallallahu alaihi wasallam yang wafat dalam keislaman, mereka semua adalah orang-orang yang tsiqah (kredibel dan terpercaya), tetapi Syiah mengatakan bahawa semua sahabat telah murtad kecuali beberapa orang saja yang boleh dihitung dengan jari tangan kanan saja.
• Dan masih banyak masalah lain yang diperdebatkan oleh kedua belah pihak, yang kesimpulannya : Tidak ada jalan untuk mempertemukan antara Agama Islam dengan agama Syiah.
2 Comments
Jgn bersatu dgn SYIAH melainkan jika kita berhadapan dgn musuh Kafir. Wktu lain kita WAJIB berasingan dengan mereka. Tidak bermusuh ttp mereka kawan kita selagi mana mereka tidak rosakkan Agama Islam yg diwahyukan kepada Nabi Muhammad Solallahu Alaihiwassallam.. bukan selain dr itu. Jika mereka ganggu urusan ini (yakni Aqidah asas Ahli Sunnah) maka WAJIB bg kita pertahankan dr kerosakan ini.
ReplyDeleteApapun umat Islam wajib menuntutu Ilmu Aqidah yg Soheh Ahli Sunnah Wal Jamaah barulah faham dan jelas I'tiqad, utk lawan dakyah SYIAH. Jika tidak mulalah main akal lutut buat analogi logik.. mcm Mat Sabu support pembunuh dan pengganas komunis. Bibit2 pemikir SYIAH..
Wallahualam.
"...,Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dr Neraka,..." At Tahrim 6. Kebenaran ddakwahkan dan disampaikan, nasihat diberikan bukanlah utk kebaikan pendakwah dan penasihat, bukan juga utk meramai dan menambah kumpulan sendiri tp adalah utk kebaikan dan keselamatan diri yg dinasihati agar terselamat dr kesesatan yg mengundang azab dan bencana di Akhirat. Pendakwah dan penasihat hanya menyampaikan, terpulanglah kpd yg dinasihati memikir dan menerimanya. Syiah itu sesat dan kufur, dan kesesatan dan kekufuran akan berakhir di Neraka, mk jgnlah sampai terjebak dan bg yg dah terjebak atau yg cenderung kpdnya, berfikirlah dgn waras dan rasional utk keselamatan diri anda sendiri. Tidaklah akan tertahan sesiapapun akan azab di Neraka, mk bersungguh sungguhlah menjauhinya, dan mintalah perlindungan Allah swt drnya !
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.