Tidak berpuas hati dengan sikap tamak haloba dan keangkuhan yang ditunjukkan oleh kepimpinan Pas di peringkat negeri dan pusat, wakil PKR Terengganu hari ini mengeluarkan kenyataan bagi menyelar rakan sekutu mereka itu. Ketika bercakap di hadapan media pagi tadi, Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Terengganu, Yahya Zakaria mengatakan sebenarnya tidak wujud sebarang kerjasama di dalam Pakatan Rakyat di Terengganu.
“Sebenarnya walaupun di perintkat pusat wujud satu (kerjasama parti) pakatan, tapi di Terengganu, pakatan tidak wujud malah ia tidak pernah berpakat. Dia bukan pakatan tapi lebih merupakan pakat-tang (merujuk kepada istilah pengkhianatan sesame sendiri). Dia (Pas) kata kita lemah, orang sikit dan sebagainya, sebab tu dia pakat-tang kita. patutnya yang lemah dibantu.
“Ia (kerjasama tersebut) hanya berlaku di kawasan pantai barat, di mana Pas lemah. Namun di kawasan pantai timur, di mana Pas mempunyai kekuatan, mereka tidak memerlukan PKR. Oleh itu kerjasama Pakatan di Terengganu tidak wujud” katanya di program sidang akhbar yang diadakan di Primula Beach Resort.
Menurut Yahya lagi, disebabkan Pas mempunyai kekuatan dan sokongan ahli yang ramai, parti PKR seperti tidak dipedulikan. Malah ketika pilihanraya umum yang lalu, mereka turut menerima, 5 memorandum bantahan yang mengesa agar PKR memulangkan kembali beberapa kerusi yang telah diperuntukkan sebelum ini.
Malah menurutnya lagi, sebagai contoh di dalam pilihanraya umum yang lalu Pas langsung tidak memberikan kerjasama kepada PKR.
“Kawan yang khianat ini lebih teruk dari lawan kita lawan dengan secara berdepan” tegasnya lagi.
Ketika diminta mengulas mengenai kerjasama untuk pilihanraya kecil di Kuala Besut ini, Yahya menegaskan PKR Terengganu langsung tidak dipanggil untuk sama-sama berbincang bagi merangka strategi terbaik bagi menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN).
Malah menurutnya lagi, langsung tidak wujud sebarang penyelarasan bagi membantu jentera kempen dan sebagainya. Tambah mengecewakan mereka apabila, jadual dan penyusunan program berhubung lawatan Anwar ke Terengganu pada malam tadi turut tidak dimaklumkan.
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semalam hadir buat pertama kalinya di Kuala Besut bagi membantu jentera kempen Pas. Namun begitu program ceramah yang diadakan pada malam tadi turut tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.
Kenyataan Yahya itu juga secara tidak langsung, telah menjawab semua persoalan berhubung jentera PKR yang langsung tidak kelihatan sebelum ini. Ketiadaan jentera PKR sebelum ini telah mebimbulkan pelbagai spekulasi khususnya di kalangan petugas media.
Di sebalik persoalan tersebut, rupa-rupanya PKR Terengganu langsung tidak diendahkan oleh Pas yang merasakan sudah cukup kuat dan mampu untuk bernewaskan calon dari BN secara bersendiri. PKR negeri bukan sahaja telah di anaktirikan oleh Pas, malah kehadiran mereka di atas pentas politik Terengganu juga dilihat pengacau yang perlu disingkirkan.
Maka sesuailah dengan jawapan yang diberikan oleh Yahya yang secara sinis mengatakan ‘pandai-pandailah’, berhubung persoalan mengenai sokongan ahli PKR dan pengundi terhadap PKR Kuala Besut ini.
Jawapan terbaik, PILIH CALON YANG DISAHKAN OLEH KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN YANG MAMPU BERKERJA DAN BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.