Kes 30,000 Injil berbahasa Melayu yang menggunakan nama Allah kini di dalam proses rayuan di mana kerajaan yang bertindak menyekatnya telah kalah pada ‘pusingan pertama’ di mahkamah. Walaupun ia membuatkan umat Islam ‘panas hati’ tetapi ia membuktikan betapa kerajaan Malaysia langsung tidak masuk campur dengan perjalanan mahkamah.
Berikutan itu, PERKASA telah menyarankan agar Injil tersebut dibakar sahaja sebagaimana biasa dilakukan terhadap buku-buku yang ingin dihapuskan. Saranan tersebut turut dipersetujui oleh Tun Mahathir Mohamad. Akibatnya, kedua-dua mereka menjadi sasaran pihak Kristian bagi menunjukkan bahawa Malaysia tidak berlaku adil.
Kononnya, apa yang mereka sarankan telah menyentuh sensitiviti pihak Kristian sama seperti yang dilakukan oleh pasangan Alvin-Vivian yang menyentuh sensitiviti Umat Islam dengan mengajak berbuka puasa dengan Bak Kut Teh.
Dengan menggunakan hujah yang sama, DAP dan media-media pro-pembangkang seperti Malaysian Insider dan Malaysiakini mula menyerang kerajaan sebagai bersikap berat sebelah.
Jelas, pihak yang membela Kristian cuba memanipulasi isu Injil dengan Kalimah Allah dengan cuba membalikkan peluru kepada kerajaan Islam Malaysia. Sedangkan di dalam isu ini, sensitiviti umat Islam yang disentuh terlebih dahulu, bukannya Kristian. Hati umat Islam telah terguris akibat desakan Kristian yang tidak berasas ingin menggunakan nama Tuhan umat Islam untuk kitab agama mereka.
Dan saranan agar membakar sahaja Injil berbahasa Melayu tersebut hanyalah tindakbalas dari hati yang terguris itu.
Sekiranya, Kristian tidak dengan sengaja mengguris hati umat Islam dengan menimbulkan provokasi melalui nama Tuhan didalamnya, pastinya tiada siapa yang akan menyarankan agar Injil tersebut dibakar.
Dalam kata lain, pihak Kristian telah dengan sengaja menyentuh sensitiviti umat Islam dan kemudiannya menyalahkan umat Islam apabila mereka bertindak balas. Ini merupakan taktik kotor yang tidak seharusnya diterima oleh mana-mana agama, termasuk Kristian.
Apatah lagi, apabila sehingga kini, tiada sesiapa di pihak Kristian yang mampu menjelaskan kenapa mereka ingin atau perlu menggunakan nama Allah untuk menggantikan ‘Father’ iaitu Tuhan Bapa mengikut agama mereka.
Kenapa Kristian tidak menggunakan nama Dewa-dewa Hindu bagi Injil berbahasa India atau ‘Buddha’ bagi Injil berbahasa Cina? Atau kenapa Kristian tidak ingin menggunakan nama Allah dalam Injil semua bahasa termasuk Inggeris?
Kenapa hanya bahasa Melayu yang menjadi sasaran sedangkan bagi ‘Allah’ adalah nama Tuhan sejagat, bukan hanya untuk umat Melayu yang bertutur bahasa Melayu.
Satu perkara lagi yang perlu direnungkan oleh pihak Kristian ialah, walaupun Injil dianggap kitab suci dalam agama mereka, namun mereka sendiri tidak meletakkannya di tempat yang setahap dengan AlQuran bagi umat Islam. Ini kerana, Islam tidak membenarkan AlQuran diubah sejak dari diturunkan. Ayat-ayat AlQuran adalah ayat Allah SWT serta tidak pernah ditukar, ditambah atau dikurangkan walau satu perkataan pun.
Manakala, Injil telah melalui beberapa versi perubahan sejak zaman berzaman. Menurut Islam, Injil yang asal iaitu di zaman Nabi Isa A.S akan mengesahkan bahawa Nabi Isa adalah manusia bertaraf Nabi, bukan anak Tuhan dan bukan Tuhan. Namun, Injil itu tidak lagi dapat dijumpai hari ini, kecuali satu atau dua yang didakwa disimpan di Turki dan Vatican namun dinafikan dan diragui oleh pihak Kristian sendiri sebagai Injil asal. Ini kerana Kristian tahu bahawa Injil mereka telah ditukar beberapa kali dan mereka sendiri tidak tahu yang manakah versi asal. Secara dasarnya, mereka sendiri percaya yang ianya tidak wujud lagi.
Dengan kedudukan Injil yang ditukar dan diubah, maka ia bolehlah dianggap sebagai sebuah buku biasa karya manusia. Oleh itu, saranan untuk membakar Injil yang telah dengan sengaja menyentuh sensitiviti agama lain, adalah saranan yang tidak seharusnya menyentuh sensitiviti sesiapa.
1 Comments
Sometimes, if the dandruff is mild, you'll back each head eczema off
ReplyDeletea degree or a couple with the use of such a product.
Simultaneously of those sites will allow you to definitely bid on various projects, from data entry work to interpretation. Even in case your company doesn't, call local arenas furthermore ask just what discounts you can get and also offer
two free seats inside local sporting events.
Feel free to visit my blog post; december 2013
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.