Oleh : Beruang Biru
Semalam selesai sudah proses pengundian awal bagi PRK DUN Kuala Besut melibatkan anggota tentera, polis dan pasangan bagi Peti Undi TUDM Gong Kedak yang menyaksikan sejumlah 911 daripada 1,148 telah keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.
Angka 911 itu jauh lebih kecil berbanding 1,022 yang direkodkan pada PRU-13 dan peratusan keluar mengundi 79.36 peratus itu juga menjadikan sasaran 95 peratus yang diletakkan SPR gagal dicapai.
Dalam pada itu, menurut sumber yang dekat dengan kepimpinan PAS menyuarakan kebimbangan kemungkinan PAS sedang ketinggalan jauh apabila menjangkakan jumlah undi yang diperolehi dari pengundian awal mungkin sekitar 100 hingga 150 undi sahaja.
Jika anggaran yang dinyatakan itu betul bermakna ia satu bonus kepada BN memandangkan pada PRU-13 yang lepas Peti Undi TUDM Gong Kedak menyumbang sebanyak 388 undi untuk calon PAS, sementara 626 undi lagi berpihak kepada BN.
Sumber yang sama juga tidak menolak kemungkinan jumlah keseluruhan yang akan diperolehi PAS pada PRK kali ini jauh lebih rendah dengan andaian kurang dari 5,500 undi setelah mengambil kira protes dikalangan penyokong PAS yang membantah penguasaan PAS Kelantan di Kuala Besut.
Menurutnya lagi PAS mungkin kalah teruk sekiranya pada 24 Julai nanti ramai penyokong PAS yang membuat protes dengan tidak keluar mengundi atau pun berpaling arah menyokong BN.
Sementara itu wakil BN yang ditemui optimis Peti Undi TUDM Gong Kedak akan terus dikuasai BN tetapi sedikit bimbang kalau-kalau sebahagian dari 111 pengundi yang tidak keluar mengundi semalam merupakan penyokong BN.
Bagaimana pun secara keseluruhannya kedua-dua pihak yang bertanding berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian awal semalam dan masing-masing kini fokus untuk mengiatkan kempen menjelang hari pengundian 24 Julai 20013 pula.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.