[DOWNLOAD EBOOK PERCUMA] MITOS PERIBUMI MALAS


Judul : Mitos Peribumi Malas
Pengarang : Syed Hussein Alatas
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (2009)
Pengulas : Adly Riyaz

Buku ini menganalisis asal usul dan fungsi “mitos tentang peribumi malas” dari abad ke-20 di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Pendekatan metodologinya melalui sosiologi pengetahuan. Fungsi mitos sebagai unsur yang penting dalam ideologi kolonial yang digambarkan dengan mengambil contoh sejarah dan sosiologi.

Pengarang membahagikan buku ini kepada 12  bab. Dalam empat bab yang pertama pengarang menggambarkan imej orang Melayu, Filipina dan Indonesia. Bab pertama menerangkan imej orang Melayu hingga zaman Raffles. Pengarang memetik kajian yang dilakukan oleh beberapa orang pengkaji sifat orang Melayu seperti Tome Pires, Duarte Barbossa, Emanuel Godinho de Eredia dan Stamford Raffles. Hugh Clifford menggambarkan orang Melayu di pantai barat “bodoh, lemah dan maju” manakala orang Melayu di pantai timur baginya “lebih menarik sebagai contoh”.

Dalam bab kelima, pengarang memperkatakan kemalasan dan hakikat kemalasan. Kemalasan dicirikan sebagai tanggapan mengelak daripada keadaan yang memerlukan kerja keras dan usaha. Orang yang memilih pekerjaannya kerana mampu, maka dia tidak dikatakan malas. Seseorang dikatakan pemalas jika menolak semua pekerjaan.

Abdullah Munshi, intelektual Melayu turut mencatat “kemalasan” orang Melayu dalam Hikayat Abdullah. Katanya, kaum yang malas ialah lelaki, bukan wanita. Beliau mengakui bahawa kemalasan adalah sebahagian daripada penyakit sosial. Walau bagaimanapun, pengarang menganggap Abdullah berat sebelah kerana beliau terjebak dalam dunia kolonialisme yang menganggap orang Melayu malas.

Bab 10 mengutarakan buku Revolusi Mental yang diterbitkan oleh UMNO. Dalam hal menyatakan kemalasan orang Melayu, buku ini mengatasi catatan kolonial Inggeris. Buku ini mencatatkan begitu banyak sifat negatif orang Melayu atau menganggapnya sebagai pengaruh yang kuat dalam pembentukan watak Melayu.

Citra tentang peribumi yang malas ini merupakan hasil ciptaan kolonial untuk menghalang pemahaman yang mendalam dan sejati tentang kehidupan peribumi. Penguasaan kolonial terhadap ekonomi, pengeluaran, sistem pendidikan, hubungan luar negara, kebudayaan dan seumpamanya menghilangkan kebebasan masyarakat Malaysia, Filipina dan Indonesia dalam menentukan dorongan mereka sendiri dan reaksi terhadap hal tersebut.

Mitos tentang masyarakat peribumi malas ditimbulkan oleh orang Barat. Mereka tidak melakukannya tanpa sebab. Buku ini membongkar punca dan realiti masyarakat peribumi.

Nota : Ulasan buku  ini dipetik daripada Dewan Sastera Februari 2012.

Post a Comment

2 Comments

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.