Oleh : Putera Pengundi Kuala Besut perlu kesiankan Che Long kerana dia seorang peniaga. Maka bila bercerita bab perniagaan ni, maka untung rugi kesemuanya menjadi tanggungjawabnya. Oleh kerana itu usahlah pengundi Kuala Besut membebankan lagi Che Long. Kasihanilah dia. Biarlah dia memfokuskan masa dan ruang untuk dia menguruskan perniagaannya. Lagipun dengan perniagaan ini sahajalah yang membolehkan dirinya memberi makan kepada anak-anak dan isterinya. Dia tak bekerja dengan orang lain, yang makan gaji. Jadi faham-fahamlah.
Oleh itu berikanlah amanah kalian kepada orang yang tak sibuk menguruskan perniagaannya. Sebab menjadi wakil rakyat ni, memerlukan seseorang itu meluangkan lebih masa dengan rakyat berbanding keluarga sendiri. Jadi fikir-fikirkanlah nasib yang akan menimpa Che Long kalau dia menjadi Adun, bukan sahaja perjalanan perniagaan dia akan terganggu, masa dia untuk anak-anaka dan isterinya juga akan berkurangan. Cukup-cukuplah bebanan perniagaan yang ditanggung oleh Che Long. Sayangi Che Long. Pangkah orang lain :)
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.