RED BEAN ARMY SUDAH MULAKAN FITNAH MEREKA MENJELANG PRU14

Oleh : Jebat

Mahu tidak mahu, suka tidak suka, kita perlu mengakui DAP kini sedang melancarkan serangan keatas kesatuan Bangsa Melayu dan agama Islam secara terancang dan bersistematik. Kekalahan mereka dalam 'Mother of Election' dalam PRU13 tidak pernah membantutkan hasrat mereka menawan Malaysia dan mengUBAH Malaysia menjadi sebuah negara republik sepertimana di Singapura.

Terkini, beberapa laman fb dikesan sedang giat memulakan agenda fitnah, mengaibkan pemerintah menjelang PRU 14 nanti. Antara yang dikesan ialah laman FB beralamat : https://www.facebook.com/UbahMalaysiaPru14. Gambar diatas merupakan hasil 'karya' mereka. 

Jadi adakah ini permainan berterusan mereka dalam PRU 14 nanti? Dimanakah kesediaan kita dalam menangkis anarki fitnah kumpulan 'pemfitnah dan propaganda' proffesional ini? Apapun sebagai seorang ISLAM kita harus banyakkan berdoa kepada ALLAH dan yakinlah bahawa tidak ada sebarang perancangan mereka yang akan berjaya melainkan atas izin ALLAH. Firman ALLAH S.W.T dalam Surah al-Imran ayat 54;

ÙˆَÙ…َÙƒَرُواْ ÙˆَÙ…َÙƒَرَ اللّÙ‡ُ ÙˆَاللّÙ‡ُ Ø®َÙŠْرُ الْÙ…َاكِرِينَ

“Dan Mereka Merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”

"他們用計謀,真主也用計謀,真主是最善於用計謀的。"

Post a Comment

0 Comments